Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Aidilfitri: Polis Lancar Program...

GUA MUSANG - Dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena musim perayaan kali ini,...

Lelaki Maut Kereta Terbabas...

TEMERLOH - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas ke...

Annuar Sindir Dollah, “Mana...

KUALA LUMPUR - Mana pergi senjata Harimau Malaya untuk menewaskan Thailand?Itu sindiran Presiden...

Kebenaran Ambil Amah Elak...

KUANTAN - Kebenaran kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah secara terus tanpa melalui...

Bajet 2017 Tambah Baik 2 Pangkalan Laut Di Perairan Sabah

SEMPORNA – Aset dua Pangkalan Laut di perairan timur Sabah akan ditambah baik menerusi peruntukan Bajet 2017, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini termasuk cadangan menambah drone dan mengguna Sistem Udara Tanpa Pemandu di Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan Pangkalan Laut Tun Azizan.

Katanya peruntukan itu juga akan digunakan untuk menyelenggara secara berterusan operasi dua pangkalan itu, yang diwujudkan untuk mengurangkan masa bertindak pasukan keselamatan.

“Semua aset yag kita ada perlukan penyelenggaraan dan penambahan…tidak semestinya kepada jumlah pangkalan laut tetapi lebih kepada penambahbaikan aset pangkalan laut sedia ada,” katanya pada sidang berita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Semporna di sini, hari ini.

Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah berkonsep statik dengan menggunakan bekas pelantar minyak dan diletakkan di perairan Semporna manakala Pangkalan Laut Tun Azizan berkonsepkan platform bergerak mengguna kapal terpakai di perairan Sandakan.

Hishammuddin berkata kos penyelenggaraan aset termasuk dua pangkalan laut itu membabitkan jumlah besar dan menjadi keutamaan dalam peruntukan Bajet 2017 bagi Kementerian Pertahanan.


Semasa membentang Bajet 2017 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa RM31.2 bilion diperuntuk bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

Sebanyak RM5.3 bilion daripada RM33.1 bilion yang diperuntukkan adalah untuk pembangunan keselamatan.

Kementerian Pertahanan mendapat sebanyak RM15.1 bilion dengan RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset-aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan dan senjata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori