Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Comel 3 Ekor...

SEORANG wanita bangun dari tidur dengan pemandangan yang sangat menyeramkan apabila melihat tiga...

DUN Johor Perhalusi Enakmen...

JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan memberi perhatian dan memperhalusi...

KRT Digalak Anjur Program...

KOTA BAHARU - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyarankan Kawasan Rukun...

‘Bodoh Ke?’ Nota Untuk...

PERASAAN bengang sukar digambarkan apabila melihat sesetengah individu tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri...

Ban Pecah Di Kampung Batu 5, Kapar, Bukan Tumpuan

KLANG – Kerajaan Selangor mengakui ban yang pecah di Kampung Batu 5, Jalan Kapar, di sini akibat fenomena air pasang besar semalam bukan fokus utama penambahbaikan ban dalam peruntukan segera RM4.3 juta yang diluluskan bulan lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini kerana pihaknya lebih memberi tumpuan kepada ban-ban di kawasan lain yang dilihat lebih berisiko dan memerlukan pengukuhan segera berbanding ban pecah berkenaan.

Laporan teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri menunjukkan kawasan lain adalah lebih mendesak dan memerlukan perhatian, katanya kepada pemberita selepas melawat ban pecah itu, di sini hari ini.

“Ini bukan juga kes terlepas pandang sebab di sini pun pecah hanya 40 meter sahaja dan salah satu puncanya kerana tiada hutan paya bakau di depan ban untuk jadi penghalang ombak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan penduduk kampung berkenaan kononnya kejadian itu boleh dielakkan sekiranya aduan mengenai lubang hakisan bulan lepas diberi perhatian segera pihak berwajib.


Justeru, Mohamed Azmin berkata kerja-kerja penambahbaikan ban pecah itu sedang giat dijalankan termasuk menggunakan 4,000 beg pasir bagi meninggikannya serta dijangka siap malam ini dalam menghadapi gelombang air pasang besar seterusnya kira-kira 6 pagi esok.

Katanya kos pembaikan segera itu ditanggung kerajaan negeri malah ia sebagai langkah jangka pendek demi keselamatan penduduk dalam menghadapi fenomena berkenaan.

Setakat 6 petang tadi, lima pusat pemindahan beroperasi di sekitar Selangor dengan jumlah mangsa 459 orang, termasuk 133 mangsa banjir di Kampung Batu 5, yang melibatkan lebih 30 rumah terjejas akibat ban pecah tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori