Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Wajib Berpegang...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar umat Islam...

Video: Beruk ‘Dengar’ Kuliah...

MENJADI viral gambar seekor beruk yang masuk ke dalam sebuah masjid apabila video...

Peniaga Uptown Danau Kota...

KUALA LUMPUR - Isu tapak Uptown Danau Kota yang diarah tutup pihak berkuasa...

9 Cedera Bas Ekspres...

BINTANGOR - Sembilan daripada 40 penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan apabila kenderaan...

Ban Pecah Dapat Dielakkan Sekiranya Aduan Diambil Berat

KLANG – Kejadian ban pecah di Sungai Keramat, Batu 5, Jalan Kapar di sini, berikutan fenomena air pasang besar semalam dapat dielakkan sekiranya aduan penduduk diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Halim Bahar, 38, berkata beliau telah membuat beberapa aduan kepada ketua kampung serta di Pusat Khidmat Rakyat Sementa sejak fenomena sama berlaku bulan lepas, apabila mengesan beberapa lubang hakisan pada ban tersebut.

Bagaimanapun katanya, tiada tindakan segera diambil sepanjang tempoh tersebut sehinggalah kira-kira dua minggu sebelum berlaku gelombang kedua fenomena itu semalam.

“Memang pihak berwajib ada membuat pembaikan ban selepas ban di Kampung Tok Muda di sini pecah tapi sudah terlalu lewat dan tak sempat ban itu nak kukuh untuk tampung gelombang kedua ini.

“Saya buat aduan sebab rumah saya memang terlalu dekat dengan ban dan ketika itu lubang hakisan masih kecil. Sepatutnya lebih mudah ditambah baik di peringkat awal malah kos juga mungkin masih rendah berbanding sekarang yang pecah teruk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd Shahrizan Mohd Ali, 35, berkata pihak berwajib khususnya kerajaan negeri tidak sepatutnya sambil lewa dalam melayan aduan rakyat kerana perkara berkenaan melibatkan nyawa.

Beliau berkata kelewatan mengambil tindakan ditambah dengan kerja-kerja pembaikan yang dibuat ala kadar hanya mencerminkan nasib rakyat sebenarnya tidak diambil peduli.

“Malam tadi ada agensi datang nak tambah baik ban pecah tapi memang kita dah tahu, apa sangat yang mereka boleh buat sebab air sedang naik.


“Sepatutnya kerja-kerja ini dibuat lebih awal, jangan ambil mudah aduan kami sebab ban berlubang ini perkara penting yang mesti diselesaikan, tambahan pula penduduk di sini ramai,” katanya.

Rozita Bahar, 47, pula berkata paras kenaikan air kira-kira 3.30 pagi tadi adalah lebih tinggi daripada semalam dan mula memasuki rumahnya yang terletak hanya 20 meter dari pesisir sungai pada 5.20 pagi.

“Pagi ini saya tengok air dah naik paras tingkap rumah…dalam dua kaki lebih. Nasib baik saya dah pindah ke pusat pemindahan mangsa banjir malam tadi.

Memang tak boleh buat apa sebab tak boleh masuk langsung ke kawasan rumah, lepas air surut nanti baru boleh tengok apa lagi yang rosak,” katanya.

Terdahulu, tinjauan Bernama pada pukul 5 pagi tadi mendapati air laut yang melepasi ban pecah berkenaan sangat deras dan mula melimpah ke kawasan rumah berdekatan dengan cepat, menyebabkan lebih 30 rumah di kampung berkenaan dinaiki air kira-kira 0.6 meter. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori