Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tak Patuh SOP Bukan...

KUALA LUMPUR: Kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing di pelbagai...

Penghuni Asrama Akhlak Akan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil langkah mengasingkan penghuni...

Anggota Keluarga Kesal Khabar...

KUALA KANGSAR - Anggota keluarga Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, seorang...

“Dianggap Gila, Tapi Ini...

"ORANG tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup. Dulu anakmu dianggap gila, kini...

Bank Dunia Ramal Ekonomi Malaysia Pulih Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka melantun semula pada 2017 dan 2018 susulan pemulihan harga minyak dan barangan eksport, kata Ketua Ekonomi bagi Asia Timur dan Pasifik, Sudhir Shetty.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangkakan perlahan kepada 4.2 peratus pada 2016 daripada 5.0 peratus pada tahun lepas, dengan minyak dan eksport perkilangan terjejas disebabkan permintaan global yang lemah, kata Shetty.

“Kami sudah melihat trend pemulihan ketika ini,” katanya kepada media Malaysia melalui persidangan video dari Washington DC, Amerika Syarikat (AS) di sini hari ini.

Secara keseluruhannya, pertumbuhan dalam ekonomi membangunkan di Asia Timur dan Pasifik dijangka kekal berdaya tahan dalam tempoh tiga tahun akan datang, berkembang pada kadar 5.8 peratus tahun ini dan 5.7 peratus pada 2017-2018.

Sementara itu, Bank Dunia menjangkakan China akan meneruskan peralihan beransur-ansur kepada pertumbuhan yang lebih perlahan, namun lebih mampan daripada 6.7 peratus pada 2016 kepada 6.5 peratus pada 2017 dan 6.3 peratus pada 2018. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori