Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jurgen Klopp Yakin Harry...

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp percaya Harry Kane adalah penyerang yang lebih berbahaya berbanding...

Nora Danish Ambil Tindakan...

Pelakon Nora Danish terpaksa mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang memanipulasi kenyataannya berhubung...

Langgar Undang-Undang Anti-Gay, Rusia...

POLIS Rusia menahan sekurang-kurangnya 25 orang aktivis LGBT semasa protes di St Petersburg...

Lembaga Pengarah 1MDB Tawar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) secara kolektif menawarkan peletakan...

Bank Rakyat Nafi Kenakan Caj Tambahan

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat tidak pernah mengenakan sebarang caj kepada pelanggan yang membuat permohonan pembiayaan termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Justeru, Bank Rakyat menggesa orang ramai terutama anggota ATM supaya tidak terpedaya dengan ejen yang yang mengenakan caj tambahan konon bagi menguruskan dokumen dan kelulusan pembiayaan mereka.

“Bank Rakyat akan mengambil tindakan termasuklah tindakan undang-undang dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu menggunakan nama dan logo Bank Rakyat tanpa kebenaran bagi semua promosi produk perbankannya,” tegas kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, ia menasihati orang ramai mengunjungi cawangan berdekatan atau menghubungi saluran rasmi Bank Rakyat seperti Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 jika mahu membuat pembiayaan.

Orang ramai boleh juga melayari www.bankrakyat.com.my, www.facebook.com/myBANKRAKYAT, twitter.com/myBANKRAKYAT atau Instagram.com/myBANKRAKYAT untuk sebarang maklumat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori