Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ahmad Sebak Terkenang Kejadian...

PONTIAN - Air matanya menitis, setiap kali mengimbas kembali kejadian diserang hendap komunis,...

Video: Gadis India Cipta...

SEKARANG dah mudah nak membasuh pakaian, tak payah bersusah payah pergi ke sungai...

Maszlee Nafi Terlibat Rasuah,...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyangkal dirinya terlibat...

Gelandangan: NGO Ingin Salur...

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbangkan bantuan kepada golongan...

Bapa 3 Anak Diperdaya Sindiket Pinjam Wang

GEORGE TOWN – Seorang bapa beranak tiga diperdaya oleh sindiket penipuan wang dan ketika dalam proses untuk meminjam wang berjumlah RM50,000, dia sebaliknya kerugian sebanyak RM11,200.

Zulkifly Ibrahim, 42, seorang pekerja kilang, berkata dia mahu meminjam kerana memerlukan wang untuk membersihkan namanya daripada bank dan berada dalam keadaan terdesak.

“Saya terjumpa syarikat itu melalui laman sosial Facebook dan ketika saya layari, hanya komen-komen yang positif sahaja terdapat di situ, malah ia turut mendapat undian sebagai jenama yang dipercayai pada 2015. Kadar faedah yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding peminjam wang lain dan laman sesawang itu memaparkan butiran yang sangat meyakinkan,” katanya ketika sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.

Seorang daripada pegawai syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Mark telah menghubunginya 15 Sept lalu dan memaklumkan bahawa permohonannya diluluskan.

Mark kemudiannya meminta Zulkifly membayar RM11,200 menerusi tiga transaksi kepada tiga bank berlainan sebelum mendapat wang yang ingin dipinjamnya itu.

Wang RM11,200 itu adalah untuk yuran guaman (RM4,200), insurans (RM4,400), wang jaminan (RM 1,600) dan ‘duit kopi’ (RM2,000).

“Dia berjanji untuk memindahkan wang ke dalam akaun saya dalam masa sejam, tetapi wang itu tidak pun dipindahkan ke akaun saya. Ketika itu saya mula sedar bahawa saya ditipu dan terus membuat laporan polis pada 29 Sept,” katanya.


Zulkifly memberitahu setakat semalam, dia masih berhubungan dengan Mark menerusi aplikasi WhatsApp tetapi tidak pernah bersua muka kerana Mark asyik membatalkan temujanji yang dibuat.

“Isteri saya pernah menyamar sebagai peminjam, sementara saya dan beberapa anggota polis memerhati dari jauh, tetapi dia tidak datang ke tempat seperti yang dijanjikan,” katanya.

Timbalan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata beliau percaya bukan Zulkifly seorang sahaja yang diperdaya oleh sindiket tersebut kerana laman sesawang dan Facebook syarikat itu sangat meyakinkan.

“Pemeriksaan kami menunjukkan syarikat itu didaftarkan pada 1976 tetapi telah dibubarkan. Syarikat ini mempunyai teknik yang sofistikated untuk memperdaya orang dan kami harap polis dapat bertindak segera ke atas isu ini bagi mengelak ramai lagi terpedaya dengan sindiket ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi berkata kes ini sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori