Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Trump-Obama Bertemu, Bincang Peralihan...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penggantinya, Donald Trump bertemu...

Lelaki Maut Digilis Lori...

MARANG: Seorang lelaki maut selepas digilis lori yang dipandunya di kawasan pembinaan tapak...

Makin Ramai Rakyat Arab...

RIYADH - Operator kereta api kebangsaan, Saudi Railways Organization (SRO) terpaksa menambah jumlah kekerapan...

Kerajaan Akan Bina Kemudahan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus berbincang dengan pihak berkaitan bagi mewujudkan kemudahan...

Bapa Tidak Sangka Hari Lahir Anak Dirundung Malang

JOHOR BAHRU – Bapa kepada M. Kaliama, mangsa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), tidak menyangka hari jadi ke-23 anaknya dirundung malang.

Pemandu lori kilang K. Muniady, 49, berkata anak perempuannya dimasukkan ke hospital itu lima hari lalu kerana mengalami sakit sawan.

“Saya tidak sangka hari jadi anak saya membawa tragedi yang kami sekeluarga tidak akan lupakan seumur hidup,” katanya yang menerima panggilan daripada pengurusan HSA kira-kira 10 pagi tadi memaklumkan anaknya antara enam orang yang terkorban dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi HSA.

“Ketika kami sekeluarga sedang membuat persiapan sempena Deepavali, kami kehilangan anak sulung,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan bilik mayat HSA.

Sementara itu, M. Arumugam, 20, pula berkata beliau terkejut mendapat tahu rakan sekerjanya, C.Neeramala Devi, 24, terkorban dalam kejadian berkenaan.

Katanya dia berjumpa dengan mendiang, Ahad lalu, di tempat kerja mereka di Woodlands, Singapura, dan ketika itu Neeramala Devi mengadu kurang sihat.

Katanya diberitahu oleh adik Neeramala Devi bahawa kakaknya dimasukkan ke ICU HSA semalam kerana sesak nafas.

Arumugam memdapat panggilan kira-kira 10 pagi tadi yang memaklumkan Neeramala Devi sudah meninggal dunia.

“Saya segera ke hospital bersama rakan lain kerana kami amat rapat dengan mendiang,” katanya.

Sementara itu, N. Nageswari, 49, pula berkata anaknya, K.Logeswaran, 20, dimasukkan ke HSA lima hari lalu kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika ke tempat kerjanya di Singapura.

“Loges baru sahaja memulakan kerja di Singapura sebulan lalu …Sejak dia dimasukkan ke hospital, saya yang menjaga dia setiap hari,” kata Nageswari.


Pagi tadi, ketika menuju ke hospital, dia melihat keadaan kelam kabut dengan begitu banyak jentera bomba.

“Saya tanya beberapa orang dan dapat tahu ada kabakaran di wad ICU. Hati saya terus tidak tenang kerana anak saya di situ.”

Tidak lama kemudian seorang petugas memaklumkan anaknya telah terkorban dalam kebakaran itu.

Nur Alina Khalil, sepupu seorang lagi mangsa, Yusof Hasan, 53, berkata dia ditempatkan di wad berkenaan kerana ketumbuhan di kepala.

Nur Alina Khalil berkata: “Saya hanya mengetahui kejadian apabila melihat berita ini sedang viral di laman sosial Facebook.

“Saya berjumpa sepupu saya semalam ketika melawat dia di wad berkenaan.”

“Sebelum ini, dia di Hospital Batu Pahat. Ketika di sana, dia terjatuh di bilik air dan kemudian dipindahkan ke HSA untuk rawatan selanjutnya.”

Dia menerima kejadian itu sebagai takdir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori