Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MH198 Ke Hyderabad Berpatah...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad,...

23 Setiausaha Politik Menteri...

PUTRAJAYA - Seramai 23 setiausaha politik kepada menteri mengangkat sumpah simpan rahsia di...

Bicara Kes Najib Bermula...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menetapkan perbicaraan tujuh pertuduhan...

Saudi Wujud Bandar Hiburan...

RIYADH - Ketika China rancang sebuah bandar baharu bagi menggantikan ibu kota Beijing...

Bekalan Minyak Masak Untuk Kelantan Terjamin

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan kuota bekalan minyak masak sebanyak 4,800 metrik tan sebulan, tidak akan terjejas untuk 1.6 juta penduduk negeri ini.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata jaminan itu berdasarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas pembekal, pemborong dan peruncit di seluruh negeri ini.

“Melalui pemeriksaan harian yang dilakukan, kita dapati proses penghantaran minyak masak berjalan lancar dan bekalan mencukupi. Jadi pengguna tidak perlu bimbang atau membuat pembelian panik bagi menyimpan stok minyak masak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 peringkat negeri oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha di sebuah pasaraya di sini, hari ini.


Ab Ghani mengulas viral di media sosial berhubung dakwaan kononnya peniaga akan menyorok minyak masak untuk menaikkan harganya berikutan khabar angin subsidi minyak masak akan ditamatkan menjelang November ini.

Katanya peniaga yang menyorok barangan kawalan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan kompaun sehingga RM1 juta selain barangan dirampas jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori