Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kibar Jalur Gemilang, Zahirkan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta agar orang...

Jet Peribadi Dengan Jalur...

Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta...

Pegawai Imigresen Rogol Wanita...

ALOR GAJAH - Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Pertemuan Mahathir, Anwar Bermotifkan...

GUA MUSANG - Pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan seterunya,...

Bekas Pembantu Mufti Dinobat Tokoh Maal Hijrah Perak

BAGAN SERAI – Bekas pembantu mufti di pejabat Mufti Perak Mohamed Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1438H/2016M peringkat negeri Perak pada majlis sambutan yang diadakan di sini hari ini.

Mohamed, 78, merupakan seorang yang aktif dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan, termasuk menjadi penasihat institusi pendidikan Pusat Pintar Sains dan Matematik, Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak sejak 2013 hingga sekarang.

Sehubungan itu, beliau berharap anugerah yang diterimanya hari ini dapat memberi dorongan kepadanya untuk meneruskan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Saya akan membantu ibu bapa dan pelajar bagi membolehkan penekanan kepada pendidikan agama, sains dan matematik kepada pelajar terutama pelajar Melayu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Anugerah berupa wang tunai RM10,000, medal, plak dan sijil disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sementara itu bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, 74, yang dinobatkan sebagai Tokoh Ar-Ridzuan berkata pendirian umat Islam di belakang kerajaan negeri dan Persekutuan adalah asas perpaduan sekaligus mampu memperkuatkan Islam.

Katanya tidak dinafikan terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam, namun semua itu mampu diatasi dengan adanya perpaduan.


“Sekiranya majoriti umat Islam terus berusaha menyokong kerajaan sedia ada, saya lihat itulah perpaduan sebenar yang mampu menzahirkan kekuatan ummah sekaligus memastikan keamanan negara dapat dipertahankan,” katanya.

Wan Zahidi menerima wang tunai RM10,000, pakej mengerjakan umrah, plak, sijil serta hadiah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Beliau yang kini bertugas sebagai Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia di Cyberjaya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengiktiraf sumbangannya dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.

“Sebagai anak jati Kampung Kerunai, Gerik, saya bersedia untuk terus mencurahkan keringat dan bakti dalam usaha penyebaran syiar Islam di negara ini sehingga akhir hayat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori