Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perluaskan Tanaman Jagung Bijirin...

TEMERLOH – Tanaman jagung bijirin untuk makanan haiwan ternakan akan diperluaskan dalam usaha...

41 Pelajar Tahfiz Sembuh,...

KUALA LUMPUR - Seramai 41 pesakit positif COVID-19 dalam kalangan pelajar tahfiz yang...

Promosi Secara Digital Untuk...

KUALA KANGSAR - Kerajaan Negeri akan menggunakan platform digital bagi mempromosi hala tuju...

Kilang Kitar Semula Kompos...

SANDAKAN - Kilang Kitar Semula Kompos di Batu 8 dekat sini memproses 13 tan...

Belanjawan Alternatif 2017 Tidak Realistik – Johari

KUALA LUMPUR – Belanjawan Alternatif 2017 oleh Pakatan Harapan adalah tidak realistik dan hanya bersifat populis, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata berkata cadangan pembangkang termasuk penambahbaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ‘berkadar sifar’ akan menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan dan berdepan dengan krisis ekonomi.

“Senaraikan kepada saya pengganti kepada hasil GST, daripada mana mereka mahu mendapatkan kembali hasil yang sudah hilang itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Johari, yang juga Anggota Parlimen Titiwangsa, berkata cadangan menghapuskan GST akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan lebih RM30 bilion setahun.

Selain itu, katanya, cadangan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM1,500 dan mahu memberi subsidi RM250 daripada kenaikan tersebut, turut akan membebankan kewangan negara.

Sementara itu, Anggota Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata belanjawan tersebut hanya bersifat populis dan retorik.

Beliau berpendapat pembentangan belanjawan alternatif oleh parti pembangkang itu tidak menyatakan secara teliti sumber pendapatan diperolehi.

“Seperti biasa ia merupakan bajet populis sahaja, bajet yang hanya dibuat untuk mewar-warkan bagi membolehkan rakyat menerima mereka,” katanya.


Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata belanjawan alternatif itu hanya ingin ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan falsafah yang cuba ditonjolkan, namun tidak menyatakan sumber pendapatan yang diperolehi.

“Misalnya, apabila mereka ingin mencadangkan soal pertanian, mereka menerangkan falsafah tentang kaedah bagaimana ia dilaksanakan namun yang paling penting di manakah asas bajet itu,” katanya.

Katanya apabila sesuatu belanjawan itu diperkenalkan, ia memerlukan pertimbangan yang sewajarnya termasuk jumlah pendapatan dan perbelanjaan.

Anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim pula berkata buku belanjawan alternatif itu sendiri menunjukkan tiadanya tahap profesional pakatan pembangkang.

“Muka depan buku belanjawan pun menunjukkan orang berdemonstrasi, jadi adakah bajet itu dibuat dengan terperinci?,” soalnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori