Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KWSP Tak Akan Buat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menggadaikan masa depan...

Vietnam Berhasrat Pikat 18...

HANOI - Sektor pelancongan Vietnam digesa bekerja lebih keras untuk menarik 18 juta...

Empat Beranak Ditahan Terlibat...

KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkarkan kegiatan pengedaran dadah bagi pasaran Lembah Klang apabila...

Trafik Perlahan Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan...

Berang Dipaksa Kahwin, Lelaki Bunuh Ibu Bapa

Tiada perasaan langsung. Seorang anak derhaka yang berusia 25 tahun telah menikam ibu bapanya hingga mati ketika mereka sedang tidur, sebelum keluar ke siber café dan bermain game di situ.

Lelaki itu, yang berasal dari Yanshi, China, dilaporkan berang kerana ibu bapanya memaksa dia berkahwin, lapor People’s Daily Online.

Malah selepas bermain game, dia yang bekerja di sebuah kedai bunga , pulang ke rumah seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Keadaan sebenar hanya terbongkar apabila datuknya yang mengunjungi rumah berkenaan, terhidu bau busuk dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati mayat anak dan menantunya telah reput.
Lelaki berkenaan kemudiannya mengaku menikam ibu dan bapanya yang masing-masing berusia 48 tahun itu.


Pemeriksaan polis terhadap mayat yang telah reput itu mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian kepala dan dada manakala lelaki tersebut dilaporkan mabuk sebelum membunuh ibu bapanya.

Dia juga sebelum itu dilaporkan telah dipaksa ibu bapanya untuk mengadakan janji temu dengan seorang wanita. Malah biliknya turut dihias dengan cantik oleh ibu bapanya ketika mereka menanti lelaki itu membawa pulang menantu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori