Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

i-Citra KWSP: PM Bincang...

PETALING JAYA : Isu pengeluaran kali terakhir wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Bersedia Terima Padah Bila...

Sebelum membuat keputusan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Piala AFF: Jland Anjur...

KUALA LUMPUR - Bagi menyemarakkan aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di...

Kisah Viral Wanita Pinang...

UNGKAPAN 'wanita mana yang rela dimadukan' mungkin sudah tidak sesuai lagi digunakan. Ini kerana...

Berhenti Mengarut BAM: Jangan Mabuk Todi

KESOMBONGAN tahap bodoh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terserlah. Memang bodoh terlampau apabila mempertahankan sistem pengambilan jurulatih sedia ada mampu melahirkan juara seperti Datuk Lee Chong Wei (LCW).

Ini kata Timbalan Presiden. Alasannya sebab menang tiga perak di Olimpik.

Jangan jadi Yahudi mabuk. Tiga pingat perak bukan gambaran masa depan. Kita tahu dalam konteks apa Misbun Sidek menyarankan perubahan dalam sistem kejurulatihan.

Misbun komen mengenai sistem kejurulatihan sedia ada, tidak mampu melahirkan bintang yang setanding dan konsisten tahapnya seperti Datuk Lee Chong Wei.

Misbun mengupas soal pembangunan akar umbi serta kesannya terhadap konsep melahirkan juara sebenar.

Apa todi yang buat Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria begitu defensif? Hello bro! Badminton Malaysia secara grafnya sudah memberikan indikasi: Perubahan perlu dibuat.

Tahniah atas tiga perak. Tetapi BAM jangan pula kemaruk mabuk lebih dari pemain.

Ingat! Apakah kita akan ada pengganti LCW menjelang Olimpik 2020?

Bolehkah kita berharap kejutan lebih besar akan dilakukan pasangan beregu campuran dan beregu lelaki sekali lagi.

Ingat! Kita bangga kerana dua perak acara beregu adalah satu kejutan. Ini bukti semangat luar biasa pemain kita. Tetapi perangai mabuk todi dan angkuh dengan kejutan bukan sikap seorang Timbalan Presiden yang berjiwa besar.

Timbalan Presiden adalah orang yang wajar besar telinga untuk mendengar. Orang yang tajam akal untuk menilai. Timbalan Presiden bukan orang yang tinggi hidung dan mengepak dada serta gila bercakap besar!


Anda belum berjasa besar Norza. Nasib anda bertuah kerana tiga pingat perak hasil perjuangan pemain. Kalau balik Olimpik tangan kosong, anda mungkin antara yang layak menerima telur tembelang.

Kepada barisan kepimpinan yang lain dalam BAM, jauhilah sifat bongkak Norza. Peminat meluat. Misbun beri cadangan sebab dia tahu perkembangan di gelanggang. Dia pemain dan jurulatih. Malah, sangat berjasa dalam karier LCW. Komen Misbun berisi analisis seorang yang tahu apa yang diperlukan untuk menjuarai gelanggang masa depan.

Kalau setakat jadi pemimpin kerana gila politik, eloklah dengar sedikit pandangan juara yang melahirkan juara. Anda Norza, belum pun berjasa apa-apa? Anda masuk BAM pun setelah ditunjukkan jalan keluar dari politik tulen. Jadi jangan angkuh!

Kepada pemimpin BAM, ambil ikhtibar. Kita tidak mungkin ke Olimpik 2020 dengan sasaran mempertahankan tiga perak sekiranya aset dan realiti sekarang tidak dinilai semula.

Tiga perak bukan bererti kita sempurna. Isu lama dengan Misbun lupakan. Jadi pemimpin berjiwa besar. BAM bukan syarikat sendirian Berhad. Jangan bawa penyakit FAM dalam BAM. FAM dah hancur!

Jadi eloklah berfikir dan membuka diri untuk mendengar dan menganalisa pandangan.

Yang bongkak dan besar dada atau masih mabuk todi… malulah sendiri! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori