Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gula-Gula Popular White Rabbit...

BAGI individu yang menjalani kehidupan kanak-kanak pada tahun 90-an, pastinya gula-gula merupakan item...

Budayakan Penguasaan Bahasa Ketiga...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh meminta para pelajar...

Kerajaan Kaji Buka 30%...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji antara lain untuk membuka monopoli Padiberas Nasional...

Fatwa Vaksin Covid-19: Kerajaan...

PUTRAJAYA - Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

Bilik Asrama Terbakar, 5 Pelajar Dimasukkan Ke HTAA

KUANTAN – Seramai 88 pelajar di Sekolah Menengah Teknik Kuantan yang sedang nyenyak tidur awal pagi tadi dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan dua bilik di bangunan asrama lelaki sekolah itu.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Azmi Jaafar berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 3.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi pihak kami mendapati dua bilik iaitu satu bilik bacaan dan satu lagi bilik gimnasium yang terletak di tingkat bawah bangunan asrama lelaki ini sudah terbakar 100 peratus.

“Ketika itu, terdapat seramai 15 pelajar lelaki terperangkap di blok bangunan asrama tiga tingkat ini, namun hasil tindakan pantas anggota bomba kesemua mereka berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azmi berkata bagaimanapun pihaknya difahamkan lima pelajar lelaki telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapat rawatan lanjut kerana dipercayai mengalami asma akibat terhidu asap.


Beliau berkata sebanyak tiga jentera dengan 14 pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan terlibat dalam operasi berkenaan dan api dapat dipadam sepenuhnya pada 5.13 pagi.

Katanya nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM30,000 tidak termasuk bangunan, bagaimanapun punca kejadian berkenaan masih dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori