Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kosmo! Terus Naik, Metro...

KUALA LUMPUR - Edaran purata bersih harian akhbar-akhbar di seluruh Malaysia dari Julai...

Anggota Polis, Tentera Pun...

KISAH seorang wanita Muslim berhijab bangga bercerita pengalaman dirinya memelihara anjing dalam rumahnya...

Apa Faedahnya Kepada Lim...

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah, pada bulan Mei 2019, meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, untuk membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik seorang jutawan

Kos Sara Hidup, Jaminan...

KUALA LUMPUR - Kos sara hidup, jaminan kerja, kekurangan persiapan dan peningkatan kemahiran...

Bomba Selamatkan 12 Mangsa Terkandas Di Gunung Santubong

KUCHING – Sebanyak 12 pendaki terkandas ketika menuruni Gunung Santubong dengan salah seorang daripada mereka dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kanan, malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua pendaki iaitu 10 lelaki dan dua wanita dalam kumpulan itu berjaya dibawa turun oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Petrajaya pada pukul 10.23 malam.

Menurut jurucakap jabatan itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.48 petang sebelum lapan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat tiba pada pukul 7.26 petang di level 8, Gunung Santubong dan mendapati kumpulan pendaki itu dan seorang wanita dalam kumpulan itu cedera dan tidak boleh berjalan,” katanya.


Menurutnya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pengusung untuk membawa turun wanita tersebut dan anggota kumpulan pendaki itu selamat dibawa ke kaki gunung.

Katanya mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan lanjut.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori