Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banjir Pulau Pinang: LGE...

PENDUDUK Pulau Pinang menzahirkan perasaan marah mereka susulan kejadian banjir kilat yang berlaku...

Proses Pengundian Awal PRN...

KOTA KINABALU - Proses pengundian awal melibatkan anggota polis, tentera dan pasangan mereka...

PRN Johor: BERSATU Masih...

KUALA BERANG: Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) masih dalam perundingan dengan parti gabungannya di...

Pemandu Toyota Alphard Bebas...

PETALING JAYA – Seorang pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman bagi membantu siasatan...

Bot Nelayan Ditahan Tangkap Ikan Di Zon Tidak Dibenarkan

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perlis menahan sebuah bot nelayan Kelas C milik rakyat tempatan kerana menangkap ikan dalam kawasan nelayan pantai awal pagi tadi.

Menurut Pengarah Pangkalan APMM Kuala Perlis, Lt Komander Maritim Mohd Azlan Osman, sebuah bot APMM yang sedang meronda mengesan bot nelayan terbabit kira-kira 2.8 batu nautika dari pantai Kuala Sanglang pada pukul 2.40 pagi.

Bot APMM menghampiri bot nelayan tersebut untuk membuat pemeriksaan dan mendapati ia melanggar syarat lesen kerana menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan, katanya.

“APMM turut menahan lima awak-awak warganegara Thailand berumur 18 hingga 54 tahun yang tidak mempunyai dokumen lengkap, untuk pemeriksaan lanjut,” kata Mohd Azlan dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut beliau sebanyak 400 kilogram hasil tangkapan ikan juga dirampas dari bot tersebut manakala awak-awak dan bot dibawa ke Pangkalan Kuala Perlis.

Kes itu disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana kesalahan melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang 15 batu nautika dari pantai, tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori