KANAK-KANAK perempuan yang terjatuh dari tingkat dua di sebuah pusat membeli belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada Ahad lalu dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal namun menunjukkan tanda positif.
Pengarah Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Norsidah Ismail berkata, mangsa yang berusia tiga tahun itu akan menjalan imbasan tamografi berkomputer (CT Scan), hari ini.
“Kanak-kanak itu kini masih diberikan rawatan dan ditempatkan Unit Rawatan Rapi Pediatrik dan kita akan memantau keadaan mangsa dari masa ke semasa,” katanya.
Kaitan:Â Bapa Lalai, Anak Jatuh Eskalator
Dalam kejadian jam 6.40 petang itu, mangsa dipercayai didukung oleh bapanya di bahu sebelum terjatuh dari eskalator di tingkat satu kompleks beli-belah terbabit.
Bapa mangsa pada ketika itu dikatakan panik kerana tunduk untuk menarik tangan anak lelaki yang tersepit namun dalam keadaan kelam kabut itu, mangsa yang berada di bahu terlepas daripada pegangan dan tercampak di ke aras bawah. -MYNEWSHUB.CC