Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Al-Sultan Abdullah Tinggalkan Status,...

KUALA LUMPUR - Semangat kesukanan tinggi dan dahagakan cabaran 'sebenar' membuatkan Yang di-Pertuan...

UMNO Selangor Tolak Peletakan...

SHAH ALAM - UMNO Selangor hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk...

Kaka Dicop Perampas.. Punca...

TEKA-teki status percintaan antara pelakon Tasha Shilla dan peninju Muay Thai, Hans Wong...

Polis Pandang Serius Laporan...

JOHOR BAHARU - Polis memandang serius satu laporan yang dibuat orang awam berhubung...

Bukan Anggota Polis Sertai Bersih 5

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan mengenai peserta konvoi Bersih 5 yang ditendang oleh kumpulan Baju Merah baru-baru ini di Sabak Bernam adalah seorang anggota pasukan itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt. Nor Azmi Isa mengesahkan Yusaini Kassim bukanlah anggota PDRM sebaliknya kakitangan awam yang bertugas sebagai pembantu am rendah.

Menurutnya, Yusaini dalam laporannya pada Sabtu lalu mengakui dia merupakan peserta konvoi Bersih 5 yang ditendang dan dipukul ketika melalui simpang lampu isyarat di Sepintas, Sabak Bernam.

“Beliau merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai Pembantu Am Rendah, Gred N1 dan bukannya anggota PDRM sepertimana yang telah diviralkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Azmi berkata, susulan kejadian itu, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang menyebarkan perkara itu kerana dianggap sengaja dilakukan untuk memburukkan imej PDRM.

Baru-baru ini viral menerusi media sosial apabila ada pihak mendakwa anggota polis terlibat dalam jelajah Bersih 5 di Sabak Bernam.


Gambar nombor kad pengenalan lama Yusaini telah disalah anggap sebagai nombor badan anggota polis termasuk gambarnya yang hanya memakai uniform pasukan itu mula tersebar sejak insiden berkenaan.

Insiden yang menimpa Yusaini menjadi viral bagi menuntut simpati netizen dan menimbulkan kemarahan terhadap kumpulan Baju Merah yang dianggap sebagai berkelakuan ganas kerana menendangnya.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian itu adalah disebabkan Yusaini dengan sengaja merempuh kawasan peserta Baju Merah dengan niat mencetuskan provokasi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori