Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nizam Tekad Terus Perjuangan...

TAWAU - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri...

Masyarakat Orang Asli Terancam...

GUA MUSANG - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memandang serius kemusnahan kawasan...

Sarawak Bekal Tenaga Elektrik...

Kuching : Sarawak bakal menjadi pengeksport utama bekalan tenaga elektrik di Asia Tenggara...

Menteri PH Masih ‘Bergelut’

KOTA BHARU - Pas menganggap menteri-menteri yang menganggotai Kabinet di bawah kepemimpinan Perdana Menteri,...

Buktikan Banjir Berpunca Akibat Pembangunan Pesat

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan bahawa banjir kilat terburuk di negeri ini yang turut menenggelamkan sebahagian besar George Town Sabtu lepas, adalah disebabkan pembangunan yang terlalu pesat.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow menggesa mereka yang mendakwa demikian diminta tampil mengemukakan bukti.

“Tidak ada bukti untuk menyokong tuduhan berkenaan kerana banjir yang berlaku bukan disebabkan pembangunan yang pesat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) negeri membuat kesimpulan bahawa banjir yang berlaku Sabtu lepas, adalah disebabkan oleh jumlah air hujan yang banyak akibat hujan berterusan selama tiga jam serta sistem perparitan yang tidak sistematik.

Semasa banjir berkenaan, sebahagian besar bandar raya ini ditengelami air setinggi paras lutut dan meningkat ke paras atas pinggang di Bandar Baru Air Itam, ketika hujan yang bermula sejak 3.30 petang sehingga menyebabkan Sungai Air Itam dan Sungai Dondang melimpahi tebing.

Ia sekali gus menjejaskan beratus-ratus penduduk di Kampung Sheik Madar dan kawasan sekitarnya.

Selain Bandar Baru Air Itam, Jalan P.Ramlee yang dikenali sebagai kawasan terdedah banjir, dinaiki air setinggi paras dada dengan lebih 20 orang terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka.

Semasa banjir, air berwarna coklat dan apabila air surut, permukaan jalan dan bangunan yang terjejas diliputi lumpur.

Dalam kejadian itu, beratus-ratus kereta juga terkandas di jalan raya dan kos kerugian dianggarkan mencecah ribuan ringgit untuk menjalankan kerja-kerja membaiki dan membersih rumah.

Penang Forum hari ini berkata kejadian banjir kilat itu adalah kesan awal akibat daripada penggondolan bukit dan kesan yang lebih dashyat akan menimpa jika tiada tindakan diambil.


“Banjir yang berlaku adalah satu contoh jelas, apabila bukit diterokai untuk memberi laluan kepada pembangunan. Saya berharap kerajaan akan meneliti perkara ini dengan serius dan Penang Forum bersedia untuk membantu mengenal pasti sebarang kerja pembersihan bukit yang berlaku di negeri ini,” katanya.

Tatkala, kerajaan negeri tidak mempunyai ‘Pelan B’ untuk menangani masalah banjir selain hanya mengharapkan bajet daripada kerajaan Persekutuan serta tidak mempunyai rancangan untuk menghentikan pembangunan di kawasan yang terjejas, penduduk tempatan terus bimbang tentang keselamatan mereka, sebaik hujan turun tanpa henti.

Siti Aminah Husain, 46, yang tinggal di Kampung Sheikh Madar bersaam-sama ibunya yang berusia 78 tahun, berkata ini adalah kali pertama kawasan itu dilanda banjir tahun ini dan bimbang bahawa keadaan sama akan berulang.

“Saya terkejut apabila melihat air naik dengan begitu pantas pada hari kejadian dan musim hujan telahpun bermula. Saya bimbang kita akan menghadapi keadaan yang sama sekali lagi. Saya harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera dalam mencegah banjir daripada berulang,” katanya.

Sementara itu, penduduk yang tinggal di sekitar Jalan P.Ramlee perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk kejadian banjir terburuk Sabtu lepas.

Mohamad Basyir Mohamed Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Pusat untuk menangani isu banjir.

“Kali terakhir ia berlaku buruk ini adalah 12 tahun yang lalu dan Sabtu lepas, berlaku lagi. Kerajaan tidak harus menolak tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan, sebaliknya cuba menyelesaikan masalah ini sendiri.

“Sesuatu perlu dilakukan dan ia mesti dilakukan segera,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori