Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jais Tunggu Waran Tangkap...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih menunggu waran tangkap daripada...

Video: Belasah Cashier Lepas...

KLANG - Video sekumpulan lelaki mencetuskan rusuhan secara 'berjemaah' di sebuah restoran di...

Lelaki Bogel Serang Polis...

KUANTAN - Seorang lelaki kurang siuman yang berbogel bertindak agresif menyerang anggota polis...

Tidak Jangka Menang, Faizal...

KUALA KUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir meminta maaf kerana pulang lebih awal sebelum...

Cadangan Malaysia Dapat Perhatian ASEAN

KUALA LUMPUR – Cadangan Malaysia mengenai kepentingan perlindungan kanak-kanak atas talian di Jakarta, Indonesia mendapat perhatian menteri-menteri ASEAN baru-baru ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan media berkata, cadangan itu dibentangkan oleh Datuk Seri Rohani Abdul Karim sewaktu Mesyuarat Peringkat Menteri Kebajikan dan Pembangunan Sosial ASEAN (AMMSWD) Ke-9 dan Mesyuarat AMMSWD+3 Ke-5.

“Semasa pembentangan tersebut, mesyuarat telah menyarankan agar Sekretariat ASEAN bekerjasama dengan organisasi berkaitan bagi meneroka peluang inisiatif bersama dalam bidang berkenaan.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Sosial Republik Indonesia, Khofifah Indar Parawansa sebulat suara bersetuju agar Sekretariat ASEAN menjadi ”focal point” kepada pembangunan pelan tindakan regional mengenai warga emas dan juga pembangunan pangkalan data bagi pelaksanaan rangka kerja strategik mengenai kebajikan sosial dan pembangunan 2016 – 2020,” kata kenyataan itu hari ini,


Menurut kenyataan itu, kesemua negara ASEAN turut menyampaikan penghargaan kepada negara Jepun, China dan Republik Korea di atas kerjasama yang diberikan dan berharap agar kerjasama sedemikian dapat diteruskan.

“Di akhir kedua-dua mesyuarat, Kenyataan Bersama 9th AMMSWD dan 5th AMMSWD+3 dipertimbangkan dan diterima pakai. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tahun 2019 di Republik Demokratik Rakyat Laos,” kata kenyataan itu. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori