SALAH seorang daripada pasangan suami isteri pengusaha sebuah pusat rawatan Islam di Jasin, Melaka yang menjadi kontroversi gara-gara caj melampau RM32,800 sebelum ini, rupa-rupanya pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental.
Perkara ini disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, di mana semakan mendapati wanita berusia 35 tahun itu menjadi pemegang kad OKU sejak 2012 dan menerima elaun pekerja cacat sebaÂnyak RM350 sebulan.
Kaitan: Pusat Perubatan Islam Cekik Darah… Caj Pesakit RM32K!
Baca: Pusat Rawatan Cekik Darah – ‘Kami Tak Paksa Pesakit’
Menurut Pengarah JKM, Burhanuddin Bachik berkata bantuan elaun tu diterima wanita itu sejak 2014 dan ia masih diteruskan hingga hujung tahun ini.
Ekoran itu, JKM akan membuat kajian semula bagi menentukan bantuan tersebut layak disambung semula atau sebaliknya.
Pusat rawatan berkenaan yang beroperasi di rumah persendirian itu diuruskan oleh pasangan suami isteri berusia 42 dan 35 tahun namun hanya pihak lelaki yang mengubati pesakit manakala wanita pula membantu dalam aspek pengurusan.
Terdahulu, sebuah pusat rawatan Islam di Jasin diserbu pasukan Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri selepas resit caj perubatan premis itu yang terlalu melampau menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC