Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KKM Minta Penjualan Produk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk Iceberg Lettuce (sejenis salad)...

Jerebu: Nelayan Muar Dalam...

MUAR - Sejak jerebu teruk melanda negara termasuk daerah ini, lebih 1,000 nelayan...

Foto Pegang Anjing &...

MUNGKIN nama Hasnul Rahmat bukanlah sebaris dengan pelakon-pelakon popular lain, namun ramai yang...

Karnival IKS Bantu Usahawan...

PARIT BUNTAR - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu daerah Kerian akan menganjurkan...

Calon SPM Maut Dalam Kemalangan Di Manjung

LUMUT – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Lumut-Teluk Batik, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Muhammad Adzhar Abdullah, 17, yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Batik, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata kejadian berlaku apabila mangsa gagal mengelak sebuah kereta dihadapannya sebelum termasuk ke lorong bertentangan.

“Sebuah motosikal jenis Honda yang kebetulan melalui jalan itu gagal mengelak dan melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tengku Zailan berkata kemalangan itu menyebabkan dua cedera ringan iaitu pemandu kereta dan pembonceng motosikal Honda, manakala penunggang motor itu tidak mengalami kecederaan.

Semua yang cedera dirawat di Hospital Seri Manjung dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori