Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Selepas Batu Puteh, Tun...

JUAL... Selepas berjaya 'gadai' hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 30 Mei...

Polis Marin Gagalkan Cubaan...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan membawa masuk 38 pendatang...

NGO Propembangkang Kritik Diskaun...

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan propembangkang, Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menuduh...

Putera Charles Iringi Meghan...

LONDON - Selepas bapanya dilaporkan tidak akan hadir ke majlis perkahwinannya, tunang Putera...

Catuan Air Berkala Di N.Sembilan Dalam Tempoh 2 Minggu

SEREMBAN – Catuan air berkala akan dilaksanakan di negeri ini terutama di Kuala Pilah, Jempol, Gemas dan Tampin sekiranya paras air di empangan terus berkurangan dalam tempoh dua minggu ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jika taburan hujan tidak turun secukupnya dalam tempoh itu, langkah itu terpaksa diambil kerana paras empangan di negeri ini semakin menurun.

“Taburan hujan yang kita dapat pada tahun ini cuma 50 peratus daripada apa yang kita dapat tahun lepas.

“Ini menyebabkan paras air di beberapa empangan di negeri ini menurun dengan laju dan ada sesetengah sungai seperti Sungai Ulu Muar di Kuala Pilah, telah kering,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan dalam sehari 20 juta gelen air dari Empangan Talang terpaksa disalurkan ke sungai tersebut berikutan lima Loji Rawatan Air bergantung kepada sungai berkenaan.


“Dua minggu daripada sekarang jika keadaannya sama, tidak berubah dan tidak ada hujan yang turun dengan baik, besar kemungkinan kita akan jalankan catuan berkala seperti catuan pada sebelah malam.

“Saya harap orang ramai faham dan gunakanlah air secara berhemah, jangan membazir kerana air sungai kering, hujan tidak turun dan kita takut empangan kita juga akan kering,” kata Mohamad.

Beliau berkata bagi penduduk kawasan Seremban, catuan berkala juga akan dilaksanakan sekiranya paras air di empangan Triang di Jelebu menurun dengan cepat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori