INI mungkin berita gembira buat kaum Adam kerana cikgu Matematik yang digelar sebagai paling cantik dan seksi di dunia kini dilaporkan berada di Malaysia.
Menerusi gambar yang dikongsi di laman Instagramnya, Oksana Neveselaya sudah pun berada di negara ini sejak minggu lalu.
Gadis kelahiran Belarus ini dilihat menikmati percutiannya di kawasan pelancongan terkenal sekitar Kuala Lumpur, Batu Caves dan Langkawi.
Kedatangannya ke negara ini turut tidak dilepaskan peluang olehĂ‚Â lelaki tempatan apabila ramai dilihat cuba mengurat ‘cikgu hot‘ itu dengan mengajaknya untuk temujanji.
Neveselaya kini menjadi perbualan hangat seantero dunia apabila videonya sedang mengajar Matematik dalam sebuah kelas menjadi viral sejak enam hari lalu.
Populariti yang dikecapi dalam sekelip mata ini juga membuatkan pengikut di laman Instagramnya bertambah dengan mendadak dan kini mencecah 203,000 orang. – MYNEWSHUB.CC