Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Selepas Sleeping Beauty, Filem...

Selepas mengangkat karakter antagonis Sleeping Beauty dalam naskah Maleficient yang dilakonkan dengan cemerlang oleh Angelina...

Tindakan AS Keluar TPP...

KUALA LUMPUR - Pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan memperkukuhkan...

Pemandu Tuk Tuk Wanita...

PANTANG maut sebelum ajal. Itu antara detik-detik cemas dialami seorang pemandu tuk tuk...

Blogger Perancis Maut Sifon...

MALANG tidak berbau. Akibat menggunakan alatan dapur komersial yang tidak berkualiti, seorang blogger...

Cinta Tak Kesampaian, Azrinaz Tampil Imej Berhijab

BEBERAPA minggu lalu, tersebar berita kisah percintaan ikon fesyen tempatan, Wak Doyok dan personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim terputus di tengah jalan.

Terbaharu, menerusi sebuah portal hiburan tempatan, bekas personaliti stesen TV3 itu dilihat tampil dengan imej baru setelah berita perpisahan dengan ikon fesyen tersebar.

Menurut portal berkenaan, imej baru Azrinaz diterimanya menerusi kiriman emel daripada sumber rapatnya.

Foto itu dirakam ketika personaliti TV itu menghadiri sebuah majlis ulang tahun kawannya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Tambah laman itu, Azrinaz kelihatan sangat berbeza berbanding penampilan sebelum ini ditambah dengan pakaian yang digayakan lebih sopan dan menutup aurat.

Bagaimanapun, tiada kenyataan atau komen rasmi yang dikeluarkan oleh Azrinaz berkaitan perubahan penampilannya itu.

Cinta Tak Kesampaian, Azrinaz Tampil Imej Berhijab


Cinta Tak Kesampaian, Azrinaz Tampil Imej Berhijab

Malah sebelum ini pun, Azrinaz pernah dilihat mengenakan hijab ketika menghadiri beberapa majlis bersama bekas kekasihnya itu.

Selain itu, dia juga dikatakan telah memadam akaun Instagram miliknya dari laman sosial. Tidak dapat dipastikan kenapa Azrinaz bertindak sedemikian. Adakah disebabkan penampilan barunya ataupun sebab-sebab yang lain.

Apa pun sebab dan puncanya, semoga penampilan baru yang ditonjolkan ini berkekalan dan tidak hanya separuh jalan seperti kisah percintaannya dengan Wak Doyok atau kisah rumah tangganya dengan Sultan Brunei. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori