Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Singapore Airlines Haramkan Hoverboards...

SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines telah mengharamkan hoverboards daripada pesawatnya susulan kebimbangan ia boleh...

Benarkah, Lelaki ini Membunuh...

Mereka diibaratkan sebagai keluarga yang amat bahagia dan dipandang sebagai sebuah keluarga contoh...

Pemuda UMNO Kelantan Bantah...

KOTA BHARU - Lebih 400 umat Islam menyertai demonstrasi secara aman di di sini hari ini bagi membantah tindakan...

PKR Mahu Umum Saf...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan mengumumkan satu dokumen bagi merapatkan saf kepimpinan...

Cipta Rekod Malaysia Tetapi Membazir…

SATU rekod baharu berjaya dicipta di Sarawak apabila sebuah pusat beli-belah terkemuka di negeri itu mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana menyediakan hidangan Laksa Sarawak terbesar.

Menurut laporan portal The Borneo Post, laksa ‘gergasi’ yang mengambil masa hampir 18 jam untuk dimasak itu dianggarkan seberat 600 kilogram (kg) dan cukup untuk dimakan 1,500 orang.

Penyedian hidangan terbesar itu dilakukan pada Jumaat lepas di Plaza Merdeka dan ia dihidangkan dalam sebuah mangkuk yang direka khas, membabitkan penggunaan 225 kg bihun dan 80 kg ayam, sebagai antara bahan-bahannya.

Cipta Rekod Malaysia Tetapi Membazir...
Datuk Sim Kui Hian (dua, kanan) menggaul laksa Sarawak dalam ‘mangkuk’ besar bersama Chef Wan .

Namun apa yang menjadi isu apabila kesemua laksa itu dilaporkan dibuang begitu sahaja selepas pertunjukkan tersebut.

Laporan portal itu turut menyebut, penganjur memberikan alasan laksa itu tidak bersih untuk dimakan dan terpaksa dibuang kerana tidak sihat.

Ia sekaligus menerima pelbagai reaksi daripada orag ramai, yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Cipta Rekod Malaysia Tetapi Membazir...

Kata mereka, tindakan penganjur itu dilihat kurang bijak kerana ia merupakan satu pembaziran.


Mencatat rekad itu adalah satu kejayaan, namun bukanlah sampai ia perlu melibatkan pembaziran makanan demi mencapai tujuan tersebut.

Tinjauan di akaun Facebook pusat beli-belah itu mendapati, netizen membanjiri ruang komen dengan pendapat masing-masing.

Cipta Rekod Malaysia Tetapi Membazir...

Acara memasak Laksa Sarawak terbesar itu disaksikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Sim Kui Hian, dengan penyerahan sijil Malaysia Books of Records yang dilakukan wakilnya, Mohamad Alex Edward.

Ia adalah bersempena pembukaan medan selera Food Plaza di Plaza Merdeka dan bertujuan mempromosikan juadah tradisi Sarawak itu ke peringkat antarabangsa, selain mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori