Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Minta Lapor...

MUAR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pejabatnya membuat...

Parti Liberal Sweden Tuntut...

PARTI Liberal Sweden yang kebanyakannya terdiri daripada ahli parlimen belia telah menyatakan petisyen...

Masih Ada 30 Peratus...

KUALA LUMPUR - Warga kota yang ingin pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri masih...

Bekas Pegawai Kanan BNS...

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai kanan di syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard Sdn...

Isu Hudud: DAP Menentang Nik Aziz Tahun 2011

KUALA LUMPUR – Bekas Muryidul AM PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berhadapan dengan tentangan hebat DAP berhubung isu hudud pada tahun 2011.

Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadhli Ghani berkata, ketegasan Allahyarham Nik Abdul Aziz berhubung pelaksanaan undang-undang hudud pada waktu itu mendapat reaksi negatif pemimpin DAP.

“Isu hudud timbul ekoran kenyataan Nik Abdul Aziz sempena Sambutan Hari Hududullah di Kota Bharu pada 20 September 2011.

“Ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS yang bertegas mahu Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah itu, ia telah mendapat reaksi negatif dari Pengerusi DAP, (mendiang) Karpal Singh.

“Para pemimpin DAP sebaliknya mendesak PAS supaya berpegang dengan Platform Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Mohd. Fadhli berkata, reaksi negatif pemimpin DAP berkenaan menyebabkan Allahyarham Nik Abdul Aziz bertegas bahawa DAP boleh keluar Pakatan Rakyat jika tidak mahu menerima undang-undang Islam.

Malah, katanya, Mufti Perlis, Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut berpendapat kononnya keadaan Malaysia belum kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.

Justeru, katanya, PAS pada 30 September 2011 mempertegaskan pendirian bahawa Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori