Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penduduk Palestin Di Baitulmuqaddis...

BAITULMUQADDIS - Sejumlah penduduk Palestin merusuh di Baitulmuqaddis Timur di sini kelmarin selepas...

Isu Dewan Rakyat ‘Kosong’...

KUALA LUMPUR - Kegagalan ahli Parlimen menghadiri persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan kukuh...

Belia, Beliawanis Sabah Digalak...

SANDAKAN - Belia dan beliawanis di negeri ini digalakkan untuk membina potensi dan...

Alami Tekanan Perasaan, Wanita...

SEORANG wanita yang baru berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi yang terletak di...

DAP Risau Ayat ‘Bermandi Darah’ Baju Merah

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok mahu polis mengambil tindakan tegas ke atas kumpulan Baju Merah yang menentang rancangan kumpulan antikerajaan untuk mengadakan protes antikerajaan secara besar-besaran di ibu negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang mengetuai kumpulan Baju Merah telah berjanji seramai 30,000 anggota kumpulan itu akan berhimpun menentang Bersih 5 pada 19 November depan.

“Beliau (Jamal) menyatakan mereka akan melakukan apa sahaja untuk menghentikan perhimpunan Bersih walaupun terpaksa bermandi darah. Adakah polis akan siasat kenyataan `bermandi darah’ tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teresa berkata, walaupun Jamal baru-baru ini menjelaskan kenyataannya `bermandi darah’ itu hanya ditujukan kepada kumpulan Baju Merah dan bukannya pihak lain, namun ia sesuatu yang serius.

Kumpulan antikerajaan dan parti pembangkang merancang kerjasama untuk mengadakan perhimpunan haram jalanan Bersih 5 tanpa kebenaran pihak polis secara besar-besaran pada bulan depan.


Bersih 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun umum mengetahui ia sebenarnya satu helah strategi politik jahat untuk memenangkan pembangkang.

Sebilangan pihak dalam negara melahirkan kebimbangan Bersih 5 sebenarnya bertujuan menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di negara-negara Arab. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori