Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Menteri Tani Israel Doa...

TEL AVIV - Ketika Laut Galilee di sempadan Jordan-Israel semakin susut lebih empat...

Royalti Minyak Antara 4...

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini dimaklumkan 17 daripada 21 perkara yang...

Siasatan Bersama MH17...

Pasukan penyiasat antarabangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berkumpul minggu ini untuk...

Mangsa Banjir Di Kota...

KOTA KINABALU - Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 2,073...

Datuk Alif Syukri Belikan ‘Bini’ Untuk Dody

PEMILIK D’Herbs Holding (M) Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sanggup berhabis duit membeli seekor kucing yang bernilai RM30,000 pada awal tahun baru-baru ini.

Jutawan kosmetik ini yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu memang diketahui mempunyai minat yang amat mendalam terhadap binatang eksotik itu.

Seekor kucing eksotik baka ‘Savannah’ dibeli dari Afrika memiliki bulu berwarna jingga dan bertompok-tompok hitam itu diberi nama Dody, memiliki empat kali ganda saiz kucing biasa.

Terbaharu, menerusi Instagram @aliffsyukriterlajaklaris, beliau memaklumkan telah membeli seekor lagi kucing dari baka yang sama.

Namun pada kali ini, dia membeli seekor kucing betina untuk ‘dipasangkan’ dengan Dody, kucing ajaib kesayangannya.

Datuk Alif Syukri Belikan 'Bini' Untuk Dody

Datuk Alif Syukri Belikan 'Bini' Untuk Dody


Menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya, Abang Terlajak Laris itu seperti kebiasaannya akan terkejut dan menjerit ‘manja’ apabila haiwan peliharaannya bertindak agresif.

Kucing betina itu diberi nama Bedah dan diletakkan dalam sangkar bersebelahan dengan Dody.

“Nama bini Dody adalah Bedah. Hai Bedah. Bedah jahat, Bedah jahat,” ujarnya apabila kucing baru peliharaannya mendesis kearahnya.

Video yang dimuat naik itu telah ditonton lebih 35 ribu oleh pelayar media sosial sejak dikongsikan lebih empat jam lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori