Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Najib Seorang Pemimpin Yang...

PETALING JAYA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Datuk...

Qatar Tawar Hotel Percuma...

DOHA - Jika anda berhasrat melakukan transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad...

Majlis Tindakan Kos Sara...

KUALA LUMPUR ā€“ Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara yang bertujuan memantau kesan...

Penasihat Ketenteraan Amerika Lawat...

SANDAKAN ā€“ Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Ganesh Navaratnam hari ini...

Datuk Vida Didakwa Gagal Bayar Cukai GST RM4 Juta

JUTAWAN kosmetik yang popular dengan tagline, ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida hari ini didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh kerana kegagalan mengemukakan penyata seta gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Memetik Malay Mail Online (MMO), Vida akan didakwa di atas tiga kesalahan berkaitan bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 yang melibatkan jumlah hampir RM4 juta.

Menurut posting terbaharu di Instagram miliknya, Vida memuat naik video berdoa dalam kereta menuju ke mahkamah beserta kapsyen berdoa kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusannya hari ini.

“Ya Allah, mudahkan segala urusanku, hanya Engkau yang memahami, maha mendengar, setiap ujian adalah rahmat untuk mengecap nikmat,” tulisnya.

Sebelum ini Vida pernah ditimpa kontroversi apabila dua produk kesihatan jenama Qu Puteh ditarik balik dari pasaran selepas Kementerian Kesihatan Malaysia dan Brunei mendapati ia mengandungi bahan berbahaya merkuri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori