Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemberita China Dakwa Covid-19...

SEORANG pembaca berita sebuah stesen TV di China mendakwa koronavirus (Covid-19) berasal dari Amerika...

Program World #QuranHour Pada...

KUALA LUMPUR - Program World #QuranHour yang menghimpunkan umat Islam sedunia membaca al-Quran...

Waktu Operasi Baru UTC...

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baru...

DNA ‘Lelaki Y’ Dalam...

PUTRAJAYA - Profil DNA "Lelaki Y" yang dijumpai dalam rektum Mohd Saiful Bukhari...

DCA Tak Benarkan Samsung Galaxy Note 7 Dalam Penerbangan

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak membenarkan telefon bimbit, jenama Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pengendali syarikat penerbangan dan lapangan terbang kecil perlu memastikan tiada siapa membawa telefon bimbit itu di dalam bagasi, bagasi kabin atau membawanya ke dalam kabin.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata jika ada sesiapa didapati membawa telefon bimbit itu di dalam pesawat, dia perlu mematikannya, tidak menggunakan dan mengecasnya dan melindunginya daripada diaktifkan secara tidak sengaja termasuk mematikan sebarang fungsi yang boleh menghidupkan telefon itu, seperti jam loceng.

“Individu berkenaan perlu membawa telefon itu bersamanya dan bukan menyimpannya di dalam ruang simpanan barang di atas kerusi, poket belakang kerusi dan bagasi kabin,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori