Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Walmart Dikritik Jual Hidung...

SEMPENA pesta tahunan Halloween yang bakal disambut beberapa hari lagi, pusat beli-belah di...

Stok Minyak Masak Peket...

MIRI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan...

Mini Konvokesyen UMK Penuhi...

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memenuhi hajat seorang graduan untuk menyarung...

Najib Bimbang Laporan Media...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kebimbangannya...

Demonstrasi Bantah Ahok Kian Popular Di Jakarta

JAKARTA – Jika di Amerika Syarikat (AS), calon presiden negara itu dari parti Republikan, Donald Trump tidak lekang daripada tunjuk perasaan setiap kali hadir berkempen di sesuatu kawasan.

Suasana sama juga dialami calon gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama untuk pemilihan ketua daerah (Pilkada) di ibu kota Indonesia tersebut akhir-akhir ini menjelang kempen rasmi pilihan raya bermula pada minggu depan.

Akhbar berpengaruh, Kompas melaporkan, penyandang jawatan itu dan juga disapa sebagai Ahok sering ‘diwarnai’ tunjuk perasaan atau dalam dialek tempatan disebut unjuk rasa pada setiap kali program yang dihadiri beliau.

Kebanyakan peserta demonstrasi itu meluahkan bantahan ke atas pelbagai polisi Ahok yang didakwa kurang mesra rakyat antaranya usaha perobohan banyak penempatan setinggan dan pengusiran penjaja kecil di kawasan tertentu.

Terbaharu, unjuk rasa diadakan ketika beliau dijadualkan merasmikan dataran awam bersepadu kanak-kanak di Jalan Tebet Raya, Jakarta Selatan sehingga memaksa Ahok, 50, dilaporkan hadir agak lewat ke program tersebut.

Demonstrasi Bantah Ahok Kian Popular Di Jakarta

“Ahok begitu mudahnya injak rakyat kecil,” kata salah seorang peserta wanita. Lucunya demonstrasi itu hanya disertai puluhan orang tetapi menyebabkan kesesakan trafik yang begitu teruk apabila banyak jalan perlu ditutup.

Paling kelakar, bilangan anggota polis antirusuhan pula jauh lebih ramai daripada peserta tunjuk perasaan itu sendiri setelah pasukan keselamatan dikerah untuk berkawal ketat kira-kira 100 meter dari lokasi program.

Untuk rekod, unjuk rasa paling besar dicatatkan awal bulan ini apabila ribuan peserta berarak memprotes kenyataan Ahok yang dianggap mempersendakan ayat al-Quran berhubung isu pemilihan pemimpin bukan beragama Islam.


Ahok mencipta rekod pada 2014 sebagai bukan Muslim pertama memegang jawatan gabenor Jakarta dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir disandang penganut Katholik, Hendrik Hermanus Joel Ngantung pada 1964 lalu.

Demonstrasi Bantah Ahok Kian Popular Di Jakarta

Pernah menjadi bupati atau pemimpin daerah Belitung Timur, sebuah pulau besar timur Sumatera dan juga tempat kelahirannya; Ahok berhenti daripada kerjaya usahawan fabrik setelah menubuhkan beberapa kilang di wilayah itu.

Beliau yang merupakan etnik Cina beragama Kristian Protestan kemudian berkahwin dengan Veronica Tan pada 1997 serta dikurniakan tiga orang anak: Nicholas (18 tahun), Nathania (15 tahun) dan Daud Albeenner (10 tahun).

Ahok atau nama asalnya Zhōng Wànxué; berpasangan dengan Djarot Saiful Hidayat sebagai timbalannya mewakili perikatan parti PDI-P, Golkar, Hanura dan Nasdem untuk Pilkada yang dijadualkan pada 15 Februari tahun depan.

Mereka berdua bakal dicabar regu Agus Harimurti Yudhoyono – Sylviana Murni yang mewakili parti Demokrat, PPP, PKB dan PAN serta Anies Baswedan – Sandiaga Uno dari parti Gerindra dan PKS. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori