JIKA beberapa hari lalu tersebar berita kemaluan seorang lelaki di China tersekat pada cincin besi. Namun kali ini lain pula kesnya apabila buah zakar tersepit pada magnet.
Laman Shanghaiist melaporkan seorang lelaki berusia 45 tahun berasal dari wilayah Guangdong terpaksa membuat panggilan kecemasan apabila buah zakarnya tersepit pada magnet ketika mencuba rawatan ‘terapi magnet’.
Mangsa difahamkan sedang mencuba rawatan pelik berkenaan dan dia secara tidak sengaja menyebabkan buah zakarnya tersepit antara magnet tersebut.
Dalam kejadian pukul 4.48 pagi itu (sama waktu dengan Malaysia), 10 orang anggota bomba dari bandar Zhongshan dikejarkan ke rumah mangsa yang sedang menahan kesakitan.
Menerusi video yang tersebar, anggota bomba dan doktor seolah-olah kebuntuan dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membebaskan buah zakar mangsa yang telah empat jam menahan sakit.
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memotong magnet tersebut dengan pemotong hidraulik kepada kepingan kecil supaya daya tarikan antara magnet itu dapat dikurangkan.
Setelah berjaya diselamatkan, doktor melakukan pemeriksaan ringkas terhadap buah zakar mangsa dan mendapati tiada kecederaan yang kekal dialami mangsa. – MYNEWSHUB.CC