Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

AirAsia Tambang Promosi Bermula...

KUALA LUMPUR - AirAsia, menawarkan tambang promosi termasuk semua bermula daripada RM59 bagi...

13.4 Juta Pelabur Antara...

BATU PAHAT – Sokongan 13.4 juta pelabur dalam pelbagai Skim Amanah Nasional Bhd....

CAP Dakwa Harga Ikan,...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

CFM Nasihat Waspada Taktik...

KUALA LUMPUR - Forum Pengguna Malaysia (CFM) menggesa pengguna supaya lebih berhati-hati apabila...

Dianggap Sebagai Kekasih Anak Kerana Wajah Awet Muda

Dengan kulit yang bercahaya, rambut tebal tanpa kedutan di badan, sukar untuk mempercayai bahawa Pamela Jay sudah berusia 54 tahun. Disebabkan keadaan itu juga, dia sering disalahanggap sebagai teman wanita kepada anak lelakinya yang berusia 22 tahun.

Jay, yang berasal dari Yorkshire mendedahkan rutin kecantikannya itu setiap hari adalah dengan melakukan yoga, mengamalkan diet sihat serta menjadikan minyak kelapa sebagai pelembab kulit.

“Orang selalu ingat saya berbohong mengenai usia saya hinggakan ada kalanya mereka meminta saya membuktikannya dengan menunjukkan kad pengenalan.

young

“Saya tidak pasti sama ada saya seperti mereka yang berusia 20-an walaupun orang selalu menyatakan demikian.

“Malah ketika saya dan anak lelaki saya bersiar-siar, orang ramai akan bertanya sama ada kami pasangan kekasih dan ia memalukan,’’ kata Jay yang bekerja dengan perkhidmatan awam.


Jay memberitahu, setiap hari dia akan menggosok badannya dan menggunakan minyak kelapa sebagai pelembab kulit dengan proses berkenaan mengambil masa selama sejam.

“Saya menggunakan minyak kelapa dalam semua perkara iaitu badan, rambut, menggunakannya untuk memasak dan ia merupakan produk yang hebat,’’ katanya yang turut menggunakan produk SPF 50 Dermalogica di bahagian muka.

Selain itu, kata Jay, dia juga minum air yang banyak dan akan ke gim seminggu sekali, di mana di gim berkenaan dia akan mandi sauna diiukuti dengan mandi air sejuk untuk menjadikan kulit tegang.

“Apa pun pemakanan yang sihat merupakan rahsianya, kalau saya makan makanan tidak sihat, saya tidak akan kelihatan seperti ini,’’ kata Jay yang turut mengakui dia sukar mendapatkan teman lelaki kerana rata-rata lelaki yang ingin mendekatinya adalah lebih muda. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori