KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Grand Saga (Grand Saga) dan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) akan menikmati diskaun tol 10 peratus bersempena sambutan Deepavali tahun ini.
Taliworks Corporation Berhad (Taliwork) dalam satu kenyataan media berkata, diskaun tol itu diberikan sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat konsesi lebuh raya itu.
“Ini adalah salah satu cara untuk kami memberi semula kepada masyarakat dan sebagai penghargaan kerana menggunakan lebuh raya terbabit,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, diskaun tol 10 peratus akan diberikan selama 24 jam bermula dari pukul 12.01 pagi pada 29 Oktober ini. – MYNEWSHUB.CC