Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Badut ‘Pembunuh’ Sudah Berkeliaran...

JIKA sebelum ini, 'serangan' badut pembunuh hanya dilaporkan di negara-negara barat seperti Amerika...

Awek Carut Maksima, Tak...

Hari ini, kami pasti para penyokong bola sepak Pahang tersengih-sengih sepanjang hari.Mana taknya,...

Dakwaan SPR Kurangkan Penolong...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

Fokus Utama Adalah Rakyat,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbelanjaan yang...

Doktor Pakar Perlu Periksa Kesihatan Penghuni RKKC

BATU GAJAH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meminta doktor pakar supaya membuat pemeriksaan kesihatan ke atas penghuni Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat (RKKC) Perak di sini bagi menentukan bentuk penjagaan sesuai terhadap mereka.

Timbalan Menterinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata langkah tersebut adalah penting untuk mengetahui sama ada tindakan RKKC itu meletakkan penghuni Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah mental kronik dalam kompartmen sama ada sesuai atau tidak.

“Kalau mereka dibuktikan serius, mungkin ada keperluan mereka dimasukkan dalam kompartmen tetapi hanya pada waktu malam kerana ia tidak terkawal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke RKKC itu di sini hari ini.

Chew mengulas gambar bertajuk ‘Malaysian Girl Discovers Shocking Scene of Disabled Kids Locked Up In Cages Like Dogs’ di RKKC tersebut yang menjadi viral.

Gambar itu menunjukkan kanak-kanak tersebut diletak dalam tempat berpagar yang didakwa berbau air kencing dan bahan peluntur.

Semalam Pengerusi RKKC itu R.Sivalingam menjelaskan pihaknya meletakkan 10 OKU yang mempunyai masalah mental kronik di dalam kompartmen berkenaan hanya pada waktu malam dan semasa mandi bagi tujuan keselamatan.

Chew menjelaskan sekiranya cara yang digunakan itu tidak sesuai, maka cara yang terbaik akan difikirkan.


Selain itu beliau berkata pihaknya juga akan menghantar 12 penjaga RKKC untuk mengikuti kursus serta latihan bersesuaian agar penjagaan semua 47 penghuni yang berumur 10 hingga 60 tahun berada pada tahap terbaik.

Beliau turut mengakui terdapat kelemahan pemeriksaan dan pengawasan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke atas rumah serta pusat jagaan sehingga terlepas pandang tindakan meletakkan OKU di dalam kompartmen.

“Malah meletakkan OKU juga bukan Prosedur Operasi Standard (SOP). Tetapi dalam kes ini kita akan putuskan pemilik bersalah atau tidak selepas pemeriksaan doktor dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas rumah serta pusat jagaan seluruh negara termasuk di RKKC bagi memastikan tiada pelanggaran SOP. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori