Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lebih 30 Mayat Hangus...

BANGKOK : Sekurang-kurangnya 30 mayat ditemui rentung dalam kenderaan yang dibakar, dalam serangan...

PRU-14: N.Sembilan Serah Surat...

SEREMBAN - Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Mohamad Amin Ludin hari...

12 Okt Untuk Laporan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini menetapkan 12 Okt...

Langkah Tingkatkan Perkhidmatan KB1M...

MELAKA - Kementerian Kesihatan sedang berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M)...

Dr. Fauziah Sah Selamat, Dibebaskan – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan satu-satunya rakyat Malaysia di atas kapal Zaytouna-Oliva ke Gaza, Dr. Fauziah Mohd Hassan, yang ditahan pihak berkuasa Israel Rabu lepas, adalah selamat dan telah dibebaskan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Wisma Putra berkata atas permintaannya, Dr. Fauziah, 59, akan menaiki penerbangan dari ibu kota Israel, Tel Aviv, ke Bangkok, Thailand.

“Kementerian Luar mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melahirkan rasa bimbang dan sokongan mereka dalam perkara ini,” kata kenyataan itu.

Sepuluh aktivis wanita termasuk Dr. Fauziah dan tiga anak kapal, yang dalam pelayaran menuju ke Semenanjung Gaza dalam misi ‘Women’s Boat to Gaza’ ditahan pada 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia) di pelabuhan Ashdod, Israel.

Perjalanan mereka bermula pada 14 September dari pelabuhan Vell di Barcelona, Sepanyol dan berhenti di Ajaccio, Perancis pada 19 September selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori