Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bos Amazon Catat Rekod...

NEW YORK - Lelaki terkaya di dunia, Jeff Bezos yang juga pemilik Amazon...

Pemuda MIC Sokong Larang...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC menyokong tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melarang...

Persembahan Turun Dari ‘Langit’,...

NAMA Mas Idayu semestinya tidak asing lagi dalam industri seni suara, lagi-lagi selepas...

Murid Darjah Satu Maut...

KOTA BHARU - Seorang murid perempuan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hashim...

Dukun Dakwa Ambil Wang Dari Bank Dijaga Jin

PEKANBARU – Polis Indonesia menahan seorang dukun, Ki Purbo Lalang Jati, atas tuduhan menipu orang ramai selepas mendakwa dapat ganda wang mangsa dengan ambil wang di ‘bank ghaib yang dijaga jin.’

Ketua Polis Pekanbaru, Toni Hermawan berkata, dalam modus operandinya, lelaki berusia 35 tahun itu akan meminta sejumlah wang daripada mangsa, kononnya untuk dijadikan umpan, sebelum dia boleh mengambil wang dari bank ghaib itu.

“Dia akan melakukan pelbagai ritual pelik untuk mengelabui mangsa. Mangsa pula akan dikehendaki menyediakan wang berkenaan beberapa kali. Tetapi wang yang dikatanya akan diambil dari bank ghaib itu tidak ada,” kata Toni.

Menurutnya, pihaknya kemudian menangkap Ki Purbo selepas menerima aduan daripada 10 mangsa, termasuk seorang penuntut yang berkata, dia ditipu sebanyak 63 juta rupiah (kira-kira RM20,000).

Selain itu, menurut Toni, lelaki itu juga dikatakan menjual ‘toyol’ dengan harga 5 juta rupiah (kira-kira RM1,600) setiap satu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori