Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Ahli MCA 21 Tahun...

KLANG - Semua ahli MCA berusia 21 tahun ke atas diwajibkan untuk menjadi...

Situasi UMNO Kedah Umpama...

ALOR SETAR - Ketua Wanita Umno Bahagian Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata...

Empat Remaja Ditahan Dipercayai...

ARAU - Perkenalan antara seorang murid tahun empat bersama seorang remaja melalui aplikasi...

‘Ramai Nak Tengok Sharnaaz...

Hampir lima tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat seorang...

Elaun Wang Saku Pelajar Matrikulasi Dibayar 18 Oktober

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) Program Matrikulasi KPM akan dibayar selewat-lewatnya pada 18 Oktober ini.

EWSP ditangguhkan pembayarannya sejak Ogos lalu kerana KPM perlu menjajarkan semula baki peruntukan kewangan yang sedia ada di kementerian agar ia dapat digunakan secara optimum.

Dalam satu kenyataan media hari ini, ia memaklumkan pembayaran EWSP kepada 21,000 pelajar di 15 buah kolej matrikulasi di seluruh negara itu akan disalur menerusi akaun pelajar masing-masing.

Elaun Wang Saku Pelajar Matrikulasi Dibayar 18 Oktober

Sebelum ini heboh mengenai satu pesanan dalam WhastApp bahawa kira-kira 150 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) berlapar dan setengah daripada mereka didapati berkongsi pek mi segera.

Kumpulan pelajar itu menyeru orang ramai bersama-sama dengan pensyarah kolej untuk membawa makanan mentah, termasuk beras dan minyak masak untuk kegunaan pelajar tersebut.


Namun, perkara itu dinafikan pengetuanya, Sawang@Rizal Amit yang menjelaskan bahawa tiada dalam kalangan pelajarnya berada dalam keadaan berlapar disebabkan permasalahan itu.

“Pengurusan KML dengan bantuan kafeteria akan menyediakan makanan setiap hari kepada pelajar yang memerlukan.. dan kira-kira 100 pelajar dipilih untuk menerima bantuan itu,” katanya.

KML mempunyai 2,500 pelajar dari seluruh negara ini dan setiap seorang daripada mereka menerima RM250 setiap bulan sepanjang tempoh pengajian selama 10 bulan atau dua semester. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori