Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Siasatan Guru Besar Hilang...

KUALA LUMPUR - Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes seorang guru besar Sekolah...

Agong Berkenan Lawat Zoo...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Anak Tergamak Acu Parang...

BERANG kerana tidak mendapat wang, seorang lelaki sanggup mengacukan parang kepada ibu kandungnya...

Kabul Bergegar Menjelang Lawatan...

KABUL - Satu letupan disusuli bunyi tembakan menggegarkan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa...

Enam Ekar Kawasan Gunung Seraik Terbakar

KUCHING – Kawasan seluas enam ekar di Gunung Seraik‎ berdekatan Kampung Bako, 30 kilometer dari sini, terbakar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Kebakaran itu disedari Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Zulkhairani Rambli yang kebetulan berada di kampung tersebut sebelum membuat panggilan kecemasan dan bertindak mengetuai operasi pemadaman.

Anggota bomba terpaksa menggunakan bot untuk ke kaki gunung yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Jeti Kampung Bako sebelum berjalan kaki selama 15 minit untuk sampai ke lokasi yang terletak 400 kaki dari kaki gunung.

“Anggota bomba menggunakan pam terapung dan pam angkut serta sejumlah hos untuk memadam api menggunakan sumber air terbuka,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.


Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya diketuai seorang pegawai Nurzainuldin Marzuke dan empat anggota bomba sukarela Bako digerakan ke lokasi kejadian.

Tinjauan di lokasi mendapati kebakaran berjaya dikawal jam 4.48 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori