SUDAH hampir setahun, hubungan cinta antara pelakon Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia berakhir.
Sejak dari itu, tiada lagi perkhabaran atau gosip menyatakan mereka sudah menemui pengganti.
Namun, baru-baru ini timbul dakwaan menyatakan pasangan ini kembali menjalin hubungan cinta mereka.
Fathia, 29, bagaimanapun menafikan khabar angin itu tetapi mengaku ada menghubungi bekas kekasihnya itu baru-baru ini.
Menurut Fathia, tujuan dia menghubungi Aiman hanyalah sekadar bertanya khabar serta perkembangan terkini masing-masing selepas berpisah setahun lalu.
“€œSaya menghubunginya hanya sekadar sebagai rakan artis, itu saja. Saya sendiri tidak tahu dari mana pihak terbabit mendapat cerita yang kami sudah kembali bercinta,” katanya kepada Harian Metro.
Pada masa yang sama, Fathia enggan mengulas sama ada dia masih menaruh harapan untuk kembali kepada Aiman.
“Buat masa ini, saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan dilalui hari ini. Saya juga belum ada pengganti dan masih dengan status solo sekarang. Soal jodoh, saya serahkan kepada Allah SWT,” katanya.
Jelasnya, dia kini lebih fokus kepada kerjaya lakonan dan perniagaan.
Terdahulu, Fathia menyifatkan perpisahannya dengan Aiman berlaku kerana mereka sudah tiada persefahaman. – MYNEWSHUB.CC