Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Helikopter Bantu Operasi Cari...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Malaysia di Tehran telah berjaya mendapatkan khidmat helikopter Persatuan...

Mahu Lebih Ramai Bukan...

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan, Centre For Malaysian Political And Economic Transcendence (Competent) mahu...

Lelaki Mati Dibelasah Bini

JOHOR BAHRU – Seorang suami ditemui maut selepas disyaki dipukul sehingga mati oleh...

Cubaan Sekat Jadi PM...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan terdapat...

Faye Kusairi Akui Bercinta Bekas Suami Elly Mazlein

SELEPAS berita penceraian penyanyi Elly Mazlein dan suaminya Azmi Hatta tersebar, muncul desas-desus menyatakan pelakon Faye Kusairi antara menjadi punca keretakan rumah tangga itu.

Faye bagaimanapun, menafikan hal tersebut dan menganggap gosip itu adalah fitnah terhadapnya.

image

Namun, baru-baru ini, pelakon wanita itu akhirnya mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suami Elly Mazlein yang juga seorang pengarah drama.

Menurut Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, hubungan tersebut dijalinkan selepas Elly Mazlein dan suaminya iaitu pengarah drama Azmi Hatta bercerai.

“Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.

“Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.

“Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang.


“Saya malas hendak komen apa tujuan dia (Elly) yang kerap kali ‘menyerang’ saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia.

“Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang-orang sekeliling sahaja yang lebih mengetahuinya,” katanya kepada mStar Online.

Pendedahan hubungan cintanya dibuat ekoran dia tidak tahan dituduh sebagai perampas suami orang.

Dalam pada itu, Faye akui sudah mengenali ahli keluarga Azmi dan turut rapat dengan dua orang anak daripada perkahwinan pertama pemuda itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori