Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Menteri Gaduh Sesama Sendiri,...

SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan...

Penganjur Indonesia Tersalah Putar...

SEOUL - Pemain bola sepak Korea Selatan terkejut besar apabila penganjur kejohanan antarabangsa...

Comango Tuntut Janji Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua bulan Pakatan Harapan menguasai Kerajaan Persekutuan, Gabungan...

1,066 Penyu Dilepas Untuk...

CHONBURI - Ratusan orang berkumpul di pantai di sini semalam untuk melepaskan 1,066...

Felcra Majukan Tanah Terbiar, Pemilik Peroleh Dividen

KUALA TERENGGANU – Pemilik tanah terbiar berpeluang menikmati bonus dan dividen setiap tahun sekiranya tanah mereka diserahkan kepada Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) untuk dimajukan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pemilik digalakkan bekerjasama dengan Felcra untuk mengusahakan tanah itu daripada terbiar dan tidak diusahakan.

“Kita mahu menyeru orang ramai yang mempunyai tanah terbiar supaya serahkan tanah itu kepada Felcra untuk dimajukan…serah bukannya beri tanah kepada Felcra dan menjadi milik Felcra tetapi Felcra bantu usahakannya dengan tanaman.

“Kemudian, mereka (pemilik tanah) akan terima dividen dan bonus setiap tahun hasil daripada tanaman yang diusahakan. Mereka yang berminat boleh merujuk kepada pejabat Felcra dekat kawasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad Peringkat Wilayah Timur di sini, hari ini.

Ahmad Jazlan berkata sejak penubuhan Felcra 50 tahun lepas, Felcra berjaya membangunkan 260,000 hektar tanah di seluruh negara.

“Daripada 260,000 hektar itu, sebanyak 30,000 hektar dibangunkan sendiri oleh Felcra manakala selebihnya dimajukan oleh 110,420 peserta,” katanya.

Beliau juga meminta peserta menjual tanah kepada Felcra dan bukannya pihak ketiga sekiranya enggan meneruskan lagi usaha mereka.


“Ini amat merugikan…sehingga kini sebanyak 13,000 ekar tanah dikenal pasti dijual kepada pihak ketiga,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata sejak Felcra diperbadankan pada 1997, sebanyak RM6.4 billion dividen telah diagihkan kepada semua peserta sehingga tahun lalu.

Tahun ini, katanya, Felcra sasarkan dividen sebanyak RM230 juta dan RM82 juta telah dibayar pada Jun lepas manakala bakinya akan diagihkan pada Disember ini dan Mac tahun depan.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata pihaknya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan kelulusan sebanyak RM100 juta bagi membangunkan rumah generasi kedua Felcra. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori