Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Cantik Ini Kejamnya...

Mexico – Wajahnya seperti seorang pelakon sinetron namun siapakah wanita ini?Dia, Maria de...

‘Manusia Kalkulator’ Kejutkan Juri...

ASIA'S Got Talent adalah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta...

3 Maut Nahas 7...

KUALA KANGSAR - Tiga individu maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer...

UMNO Perlu Keluar Zon...

PUTRAJAYA - Masalah yang dihadapi Umno sama ada dalam organisasi atau kepimpinan adalah...

Fenomena Air Pasang Besar: Bekalan Ikan Mencukupi

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ikan mencukupi bagi menampung permintaan pasaran walaupun berlaku fenomena air pasang besar di negeri pantai barat Semenanjung ketika ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bekalan ikan mencukupi dengan adanya program akuakultur yang dapat mengimbangi pengeluaran ikan di negara ini apabila berlakunya fenomena cuaca sehingga menjejaskan pengeluaran ikan di negara.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyemak semula dasar perikanan negara supaya 50 peratus daripada keseluruhan bekalan ikan negara disumbangkan oleh sumber yang diternak di kolam dan sungai.

“Kita tidak mahu bergantung kepada ikan dari tangkapan laut sahaja. Kalau musim tengkujuh, sudah pasti tangkapan ikan akan berkurangan kerana nelayan tidak ke laut. Kita sedar hal ini.

“Sebab itu kita mahu tingkatkan bekalan daripada sumber ternakan di dalam sangkar, sungai, kolam dan paya supaya bekalan ikan ada sepanjang masa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Pertanian ke-6 di sini hari ini.

Seramai 1,181 graduan Institusi Latihan Pertanian berjaya menamatkan pengajian yang terdiri daripada 157 graduan Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia (645), Sijil Pertanian Malaysia (349) dan Sijil Veterinar Malaysia (30).

Menurut Tajuddin, pada masa ini, pengeluaran ikan ternakan akuakultur adalah melebihi 20 peratus dan akan ditingkatkan kepada 50 peratus menjelang 2020.


“Selain itu, kita juga akan mengambil bekalan ikan dari kawasan yang tidak terjejas dengan fenomena air pasang. Itulah kebiasaan dibuat dan akan berlaku sedikit perbezaan harga. Tetapi keadaan itu tidak berpanjangan,” terangnya.

Terdahulu, Tajuddin dalam ucapan perasmiannya, menggesa graduan bidang pertanian agar mempertajamkan ‘deria’ komersial serta nilai keusahawanan agar menjadi usahawan tani berjaya yang mampu menyumbang kepada sektor agromakanan negara.

“Pada masa ini, ramai anak muda kurang berminat menceburi bidang pertanian kerana bimbang tidak memperoleh pulangan yang baik.

“Tanggapan itu salah kerana bidang pertanian dan bio-teknologi di negara ini kini berkembang pesat dengan penghasilan pelbagai teknologi baru yang canggih,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori