Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Dadah: Kes Anak Mat...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai...

Mara Terus Tanggung Kos...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan terus menanggung kos perubatan Mohamad...

Mohamad Huzairi Harap Tuah...

KUALA LUMPUR - Pemain badminton paralimpik kebangsaan Mohamad Huzairi Abd Malik mengharapkan tuah...

Umat Islam Kembali Solat...

BAITULMAQDIS/RAMALLAH – Ulama Islam di Baitulmaqdis pada Khamis mengumumkan umat Islam kini dibenarkan...

FRIM Temui Herba Bantu Rawatan Kanser

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menemukan herba-herba yang mampu merawat penyakit kanser dalam kajian yang dilakukannya sejak dua tahun lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata walaupun kajian itu belum dimuktamadkan, dapatan awal mendapati sel-sel kanser mampu diubati dengan penggunaan gabungan herba tertentu.

“Jika tiada kekangan, hasil kajian ini akan dibentangkan pada Jun tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma ke-14 (MAPS14) di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini, hari ini.

Seminar itu dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri.

Tanpa mengulas lanjut mengenai herba berkenaan, Abd Latif berkata gabungan herba itu mampu merangsang sistem aliran darah dan mengurangkan kadar kolestrol.


“Ia juga menurunkan tekanan gula dalam darah selain merencatkan sel-sel kanser di bahagian organ-organ dalam badan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori