Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Jenazah Sudarmin Aminuddin Akan...

TAWAU - Jenazah anak kapal 'FMSUV FOF LEO' yang berasal dari Kampung Kinabutan...

Tiada Infestasi Tikus Dalam...

RANGKAIAN kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven meminta maaf kepada pelanggan berhubung isu kejadian...

A400M Selamat Tiba Di...

JAKARTA - Pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini melaksanakan...

Gadis Tunggang Motosikal Maut...

MALANG sememangnya tidak berbau.Demikian nasib seorang gadis yang maut digilis kereta di Jalan Kuching...

Gabungan P’bangkang: PAN Akan Pertahankan DAP!

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menegaskan sebarang bentuk gabungan pembangkang yang akan diwujudkan bagi menumbangkan parti Melayu UMNO tidak boleh mengenepikan parti DAP.

Setiausaha Pemuda PAN Perak, Safarizal Saleh berkata, DAP mesti dimasukkan dalam agenda ‘satu lawan satu’ menentang Barisan Nasional (BN) oleh gabungan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, DAP telah memainkan banyak peranan dan tanggungjawab dalam memastikan rakyat menentang kerajaan dan memberi kemenangan kepada parti pembangkang selama ini.

“Pemuda PAN Perak tegaskan sebarangan bentuk gabungan mesti mengambil kira peranan dan keberadaan DAP walaupun ada peringatan dan amaran agar DAP tidak dibawa berbincang untuk duduk semeja,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Safarizal dalam pada itu menuduh kononnya saranan supaya DAP diketepikan daripada gabungan pembangkang merupakan perancangan dan agenda UMNO.


Beliau mendakwa kononnya UMNO bimbang dengan sokongan dan keupayaan DAP dengan beberapa lonjakan sokongan pengundi-pengundi di seluruh negara ke atas pembangkang.

“Pemuda PAN Perak tidak sesekali mengenepikan peranan besar DAP dan akan sentiasa membuktikan bahawa tomahan dan desakan agar DAP diketepikan adalah langkah silap kerana tidak melihat keupayaan dan kemampuan sebenar DAP.

“Atas semangat itu DAP dan semua parti wajar duduk semeja dengan segera bagi menghadapi BN pada PRU14 pada bila-bila masa sahaja lagi,” tegasnya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori