KECOH di media sosial apabila satu rakaman video memaparkan seorang gadis mahu memberikan telefon bimbit jenis iPhone 7 kepada netizen selepas diherdik rakan-rakannya.
Gadis yang dikenali sebagai Siti Suriani itu berkata, dia baru sahaja membeli telefon bimbit tersebut baru-baru ini tetapi dikatakan ketinggalan zaman.
Menurutnya, akibat tidak puas hati, dia mahu memberikan telefon bimbit tersebut secara percuma selepas membeli telefon iPhone 7 plus yang baru.
“Tapi macam tak puas hati pula sebab I seorang yang pakai iPhone 7.
“Kawan I kata, zaman bila pakai iPhone 7? Mereka semua pakai iPhone 7 plus,” katanya dalam video berdurasi 50 saat itu.
Katanya, orang ramai yang mahukan telefon bimbit iPhone 7 secara percuma boleh menghubungi melalui kapsyen dalam video yang tersebar di laman sosial.
“Kalau nak boleh WhatsApp, I dah letak nombor telefon di kapsyen,” katanya.
Video berkenaan menjadi viral di media sosial dan netizen menganggap gadis ini mempunyai masalah mental.
Tidak kurang juga menganggap perkongsian video oleh Sure Gempak ini sebagai satu cara perniagaan untuk menarik perhatian netizen.
Ada netizen yang menganggap gadis ini tidak matang dalam tindakannya.
“Nanti dia dah tua, tengok balik video ini, mesti malu dengan video ini. Mesti malu dengan diri sendiri. Sementara tunggu tempoh matang, begini lar kan,” kata Wan Shahida Nazeri dalam Facebook.
Video berkenaan ditonton hampir 637,000 dan dikongsi 2,310 kali di laman sosial Facebbok sejak dimuat naik. – MYNEWSHUB.CC