Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Final Piala AFF: Kaunter...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyediakan satu kaunter khas...

Amuk Kerana Hidangan Kacang,...

Seorang wanita yang juga bekas eksekutif syarikat penerbangan nasional Korea Selatan, Korean Air...

The Rock Pegang Rekod...

PELAKON The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson melakar sejarah Guinness World mengambil...

Najib Rasmi Perhimpunan Agung...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2015 bermula hari ini dengan majlis perasmian...

Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Kena Asid

KISAH malang yang menimpa seorang gadis cantik, Intan Novita, kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia.

Intan, 22, yang dikatakan mirip wajah penyanyi negara itu, Aura Kasih berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu.

intan novita

1

Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung, wilayah Jawa Barat itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan sebahagian badannya.

Rakan mangsa, Ryan, berkata, Intan disimbah asid oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan.

“Menurut keterangan Intan, semasa di persimpangan jalan, dua lelaki menaiki motor memberi tanda signal ke kanan. Jadi dia menghentikan kereta kerana ingin beri laluan untuk lelaki itu.” jelasnya kepada Detik News.

Bagaimanapun, tiba-tiba mereka menghampiri keretanya sebelum menyimbah asid tersebut kepada mangsa. Ketika itu, tingkap kereta mangsa sudah terbuka separuh.


“Pelaku langsung menyiramkan asid dari botol ke arahnya, kemudian cabut lagi,” kata Ryan.

Sementara itu, Ryan memberitahu dia dan keluarga Intan tidak tahu apakah motif suspek dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

Keluarga Intan juga menafikan anaknya mempunyai musuh atau bermasalah dengan orang lain.

Sedang nyetir mobil, "kembaran" Aura Kasih disiram air keras, duh
Gambar yang dimuat naik Intan menerusi Intagramnya.

Mangsa kini masih lagi dirawat di hospital Hasan Sadikin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori