Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Tertembak Adik...

Sipitang - Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan...

‘Ibu Percaya Faris Boleh...

KUALA LUMPUR - Tempoh perkenalan singkat tidak menghalang Elfira Loy menerima lamaran tunang,...

849 Kemalangan, 36 Kematian...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 849 kes kemalangan dengan 36 kematian dicatatkan di Lebuhraya...

K’jaan Negeri Cadang Hentikan...

SEREMBAN - Kerajaan negeri bercadang untuk tidak mengeluarkan lagi permit atau lesen pusat...

Gadis Kaya Yang Suka Cetus Masalah

TIDAK pernah serik. Disebabkan dia anak orang kaya, Mara Bagdasaryan, 23, sentiasa terlepas daripada hukuman meskipun dia dikenali di seluruh Rusia sebagai gadis yang suka memandu laju dan cuai.

Disebabkan kegilaannya memandu laju, Mara yang juga anak kepada taikun Rusia, Elmar Bagdasaryan, berjaya mengelak daripada hukuman berat meskipun setahun lalu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga mengorbankan seorang rakannya, Marik Galperin dan seorang lagi pengguna jalan raya yang lain.

Gadis Kaya Yang Suka Cetus Masalah

Dia juga dibayangi dengan 342 saman kerana memandu laju dengan jumlah denda melebihi RM50,000 namun bapanya sentiasa membayarkan.

Mara pernah ditangkap kerana berlumba kereta dengan anak salah seorang pegawai tinggi Rusia serta beberapa anak-anak orang kaya lain. Namun dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Terbaru, selepas setahun insiden kemalangan melibatkan kematian rakannya, Mara sekali lagi `mencipta’ nama dengan merakamkan video dia memandu kereta mewah, Mercedes-Benz dalam keadaan laju di Moscow.


Video itu dimuatnaik dalam instagramnya untuk tontonan beribu-ribu peminatnya dengan tajuk ‘Apabila anda mahu cepat’.

Klip video itu juga memaparkan bagaimana polis mengejar mereka. Mara dilaporkan akan mewarisi harta kekayaan bapanya yang terlampau banyak itu apabila lelaki itu meninggal dunia kelak. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori