JIKA tahun lalu seorang doktor bernama Say Shazril Shaharuddin menjadi buah mulut rakyat Malaysia kerana kekacakan dan ketampanan yang dimiliki membuatkan ramai wanita cair.
Baca: 6 Doktor Kacak Di Malaysia, Rasa Semangat Nak Pergi Check Up!
Terbaharu, viral beberapa keping foto seorang doktor yang bertugas di Hospital Umum Sarawak di Kuching mencetuskan fenomena yang sama.
Foto yang tersebar itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Nurafiqah Mohd. Dahan yang dirakam secara ‘curi-curi’ tanpa pengetahuan doktor tersebut.
Menerusi gambar yang dikongsikan, doktor yang tidak dinyatakan identitinya itu kelihatan sedang khusyuk melihat laporan salah seorang pesakit di hospital berkenaan.
Foto doktor ‘hensem’ itu telah di-share sebanyak 1.5 ribu pengguna laman sosial Facebook sejak dimuat naik 18 jam lalu.
Menurut seorang pengguna Facebook, Judah Iskariah yang juga bekerja sebagai pakar bius di hospital yang sama dengan doktor tersebut, ramai menyifatkan individu berkenaan sebagai seorang yang humble.
Bagaimanapun, tiada informasi diri dinyatakan selain hanya memberitahu bahawa doktor tersebut merupakan seorang yang memiliki darah campuran Cina Kelantan dan Siam.
Tambahnya, doktor berkenaan sudah berkahwin dan isterinya juga kebetulan merupakan seorang doktor bertugas di jabatan yang sama.
Pun begitu, status ‘sudah dimiliki’ tidak menghalang para wanita yang terpesona dengan ketampanan yang dimiliki doktor tersebut untuk berangan-angan menjadi salah seorang daripada pesakitnya.
“Betul kata kitak ya Fiqah mun sidak mudak-mudak yang sakit lalu sik maok bait cepat,” tulis Siti Meriana Mustapha.
Malah ada juga yang bercita-cita untuk membuat permohonan kerja di hospital berkenaan.
“Mintak kerja sitok jak kamek ,” tulis Haezelina Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC