BEBERAPA keping gambar memaparkan pihak berkuasa Aceh melaksanakan hukuman sebat kepada enam wanita atas melanggar undang-undang syariah wilayah, tersebar menjadi viral di media sosial.
Hukuman yang dijalankan semalam, di Masjid Baiturrahman di Kampung Kramat itu turut disaksikan beratus-ratus penduduk.
Selain wanita, tujuh lelaki turut disebat menjadikan jumlah pesalah 13 orang.
Kesemua mereka dihukum antara sembilan hingga 25 sebatan atas kesalahan tertentu.
Menurut media tempatan, antara kesalahan yang dilakukan mereka, termasuklah khalwat dan ikhtilat.
Sementara itu, hukuman kepada seorang wanita lagi ditangguh berikutan dia disahkan hamil.
Walaupun wanita berusia 21 tahun itu sudah berkahwin dengan kekasihnya namun hukuman tetap akan diteruskan.
Dia ditangkap bersama kekasihnya beberapa bulan lalu kerana berkelakuan tidak sopan.
Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Aceh, Zainal Arifin berkata, hukuman sebat itu bukan bertujuan menghukum dan memalukan pesalah.
“Hukuman ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua supaya menghormati undang-undang Islam,†katanya.
Sumber: The Jakarta Post